ePetua.com

Ensaiklopedia Petua Melayu atau ePetua adalah suatu koleksi atau himpunan petua-petua, amalan-amalan, ubat-ubatan tradisional Melayu, penawar penyakit, dan panduan maklumat kesihatan. Ia telah menjadi amalan orang Melayu sejak berkurun lamanya secara turun temurun, dari satu generasi ke generasi yang lain. Cara penyampaiannya  bermula dari mulut ke mulut, lantaran dicuba sendiri oleh masyarakat Melayu sendiri dan hasilnya diakui akan keberkesanannya. Ini telah membuatkan masyarakat dahulu maupun sekarang, masih mengamalkannya.  Secara logiknya, masyarakat Melayu masih lagi mengekalkan budaya dan adat resam serta mengamalkan pesanan orang-orang tua sebagai nasihat dan juga panduan. Namun hakikatnya, budaya dan kepercayaan turun-menurun ini masih lagi relevan untuk diaplikasikan pada masa kini.

Definisi Petua

  1. nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan
  2. dipetuakan – digunakan sebagai petua

Berpetua

  1. memberi petua (nasihat)

Perlu ditegaskan bahawa ePetua tidak mendokumentasikan sebarang jampi serapah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ianya hanya melibatkan ramuan-ramuan yang diperbuat dari alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan lain-lain, yang selama ini menjadi ilmu rahsia bagi sesetengah bomoh, dukun, pawang dan pengamal perubatan Melayu tradisi. Selain dari cara perubatan dan kaedah moden, tidak menjadi suatu kesalahan untuk anda mencuba mengamalkannya, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Di dalam usaha mengumpulkan khazanah petua – petua Melayu ini, anda juga boleh berkongsi ilmu dan pengalaman, dan sama-samalah kita manfaatkan bahan-bahan semula jadi yang murah dan mudah didapati. Di samping menjimatkan perbelanjaan, kita juga dapat mengurangkan risiko sampingan hasil dari penggunaan bahan-bahan moden pada hari ini. Seandainya anda tidak berani mencuba, jangan diteruskan. Sesungguhnya kita harus ada keyakinan pada sesuatu perkara yang kita lakukan atau amalkan.

PERINGATAN: Kemujaraban petua-petua yang dipaparkan di sini ada sesetengahnya tidak dapat dipastikan kesahihannya secara saintifik. Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab samasekali terhadap segala kesulitan atau kemudaratan akibat mengamalkannya. Juga, apa jenis petua  yang dipaparkan di sini hanyalah untuk paparan, dokumentasi, pengetahuan, dan berkongsi ilmu di antara kita bersama. Tidak lebih daripada itu.  Segala penilaian dan kesahihan petua-petua Melayu yang dipaparkan di blog ini, pihak Admin serahkan kepada mereka-mereka yang lebih arif dalam hal-hal tafsiran dan penilaian.


 

 

 

 

Farit Ismeth Emir