Petua Pemilihan Sabun Untuk Kulit Cantik

Pemilihan sabun yang betul dan sesuai amat penting dalam penjagaan kulit. Oleh itu, pilihlah sabun yang berkualiti dan sesuai dengan kulit anda. Jika sabun yang digunakan tidak berkualiti, pasti ada di antaranya yang menyebabkan kulit kering dan alahan. Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang. Jika kulit anda terlalu kering, pilihlah sabun yang mengandungi formula gliserin, petroleum dan beeswax kerana ketiga-tiga bahan itu boleh membantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat. Selain itu, sabun yang mengandungi rumusan bahan semulajadi, misalnya oren, limau, anggur dan timun juga baik untuk kulit.

Anda perlu tahu jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula seperti berikut:

1. Sodium Hydroxide & Alkaline – Ia menyebabkan kulit mengalami iritasi dan kering.

2. Anti Bacterial Formula – Ia hanya membersihkan bahagian luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang ada pada jerawat.

3. Lemak Haiwan – Ia mengakibatkan jerawat.

4. PH di atas 7 – Ia meningkatkan kewujudan Propionobacteria, iaitu sejenis bakteria penyebab jerawat.

Anda perlu memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:

Acne Soap – Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.

Cosmetics Soap atau Bar Cleanser – Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.

Natural Soap – Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.

Deodorant Soap – Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.

Petua Membersihkan Wajah Sebelum Bersolek

1. Cuci MekapTanggalkan segala kesan mekap pada wajah anda menggunakan pencuci mekap yang tertentu . Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Bagi mengelakkan kulit anda dari kendur, gunakan kapas muka dan tarik dari dalam ke luar wajah dan arah dari bawah ke atas. Begitu juga dengan maskara yang kalis air dan eyeliner berbentuk cecair, kerana ia sukar ditanggalkan. Oleh itu anda perlu menggunakan pencuci mata yang sesuai dan juga mengandungi bahan yang dirumus khas kerana bahagian mata adalah bahagian yang paling sensitif. Caranya adalah dengan menekap kapas pada mata dan tarik menghala ke bawah serta ulangi langkah ini sehingga kesan maskara dan eyeliner hilang.

2. Mencuci MukaBasuh tangan terlebih dahulu sebersih-bersihnya kemudian ikut arahan yang terdapat pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu. Sekiranya pencuci muka anda jenis berbuih maka buihkan dengan campuran air yang secukupnya. Tetapi sekiranya jenis krim, anda boleh terus meletakkan pada wajah dengan membuat 5 dot pada wajah iaitu di bahagian pipi, hidung, dagu dan dahi. Mulakan dengan mencuci bahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke atas dan elakkan daripada mengena bahagian sekitar mata.

3. Kemudian teruskan ke tepi hidung dan hidung, gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung.Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut kemudian ke sekeliling wajah dan diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher. Cuci muka anda sekurang-kurangnya 5 minit dan setelah habis, cuci tangan anda hingga bersih.

Petua Untuk Menaikkan Seri Wajah Pengantin

 

44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Dimulakan dengan segelas air putih dan kalimah Bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda.

Petua Untuk Bakal Pengantin Perempuan

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin.

Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap

Panduan Untuk Pengantin Bertudung Bergaya Cantik

1. Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik.

2. Pilih anak tudung yang sepadan dengan tatahan manik pada baju kerana pemakaiannya boleh membangkitkan pesona pengantin.

3. Pengantin wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala. Ini kerana sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.

4. Bagi yang memiliki wajah bujur memberikan kelebihan kerana anda sesuai menggayakan sebarang rekaan tudung tetapi lebih elok jika anda mengenakan tudung nipis dan ringkas. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan sarat terutama apabila ia dipadankan dengan layah.

5. Untuk memastikan pemakaian tudung tampak sempurna dan bagi membantu membentuk wajah, pilihlah anak tudung yang tidak terlalu keras serta tidak terlalu lembut.

6. Jika memilih memakai tudung, anda tidak perlu terlalu terikat dengan pilihan baju kurung dan jubah, sebaliknya masih boleh menggayakan baju kebaya kontemporari dan gaun labuh dengan potongan longgar pada bahagian tertentu bagi menyerlahkan keanggunan.