Petua Merawat Sakit Tumit Kaki

Biasanya orang yang sudah berusia sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan sahaja menyukarkan berjalan tetapi juga ketika berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu.

Petua Merawat Kutu Air Di Kaki

Selalunya ia berlaku di celahan kaki ataupun di celahan tangan. Bau kaki yang tidak menyenangkan, melecet di celah kaki serta kegatalan yang menyebabkan tangan gatal untuk menggaru.

1. Cuci kaki bersih-bersih dan keringkan.
2. Ambil sedikit kapas dan celupkan dengan cuka yang dimasak.
3. Usap telapak kaki secara rata. Kalau kapas kotor gantikan denga yang bersih.
4. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
5. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia boleh sembuh dalam masa 1 minggu.

Petua Menghaluskan Siku dan Lutut

1. Parut buah nenas segar yang telah dicuci bersih terlebih dahulu.

2. Sapukan pada siku dan lutut anda. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nenas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

3. Setelah itu, bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan sahaja. Akhir sekali, letakkan ‘baby oil’ atau pelembap.

Petua Melembutkan Tapak Kaki

1. Sembur bahan pelembut (softener) pada keseluruhan tapak kaki.

2. Kikir kulit tapak kaki yang kasar menggunakan alat khas iaitu scripper.

3. Gosok kaki menggunakan batu pengasah (boleh dibeli di farmasi).

4. Scrub (perisa mint) pada keseluruhan kaki daripada paras lutut ke bawah.

5. Basuh kaki anda dan lap sehingga kering.

Petua Hilangkan Bau Kaki

Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pada kaki.

Petua Mengatasi Tumit Merekah

Masalah tumit merekah boleh disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.

Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:

  • Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  • Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
  • Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  • Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  • Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  • Masalah kaki leper.
  • Memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Kencing manis.

Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah ‘tumbuh’ di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

RAWATAN:

  1. Bersihkan kaki setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.
  2. Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasarraya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal. Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.
  3. Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.
  4. Pakai stokin yang diperbuat kapas ketika bekerja.
  5. Sebelum tidur, lakukan 2 mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam 2 besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.
  6. Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.
  7. Pakai stokin kapas ketika tidur.
  8. Ulang semua proses ini selama 7 hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan 2 kali seminggu.

AMARAN: Jangan cuba gunting kulit tebal (kalus) kerana ia hanya mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman.

Petua Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Sewaktu menggosok tumit pada simen, jangan terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Petua Untuk Sakit Kaki

Jika anda terasa sakit  di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah samaada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya, biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu,  tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi. Amalkanlah.

Petua Untuk Memiliki Kaki Menawan

Menghilangkan Bau Kaki

  • Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki. Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

Masalah Kaki Bersisik

  • Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  • Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  • Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

  • Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  • Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  • Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Kaki Bengkak Ketika Hamil

  • Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.