Petua Untuk Menghalau Burung

Pilihan 1: Jaring – Sering di pasang pada pokok dan bahagian atas bangunan. Terdapat pelbagai jenis jaring yang terdapat di pasaran.

Pilihan 2: Gel – Gel disapu pada tempat yang selalu dihinggapi burung. Gel ini akan membuatkan burung merasa tidak selesa dan tidak akan hinggap di situ lagi. Kelemahannya, gel akan memerangkap segala habuk dan sampah membuatkan kawasan yang disapu gel menjadi kotor.

Pilihan 3: Patung Haiwan Pemangsa – Patung yang sering digunakan ialah patung musang, burung hantu, helang anjing dan buaya.

Pilihan 4: Bahan Kimia dan Semburan – Cecair kimia disembur pada buah, pokok atau hasil tanaman. Bahan kimia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan  akan membuatkan rasa hasil tanaman tidak disukai oleh burung.

Pilihan 5: Lampu strobe dan Sinaran Laser – Lampu strobe mengeluarkan cahaya terang yang berselang-seli dengan warna tertentu. Pencahayaan dari lampu strobe dan sinaran laser akan membuatkan burung berasa terganggu dan akan segera beredar. Sesuai dipasang di tempat-tempat yang gelap dan kelam.

Pilihan 6: Alat Sonik – Alat ini mengeluarkan menakutkan burung dengan mengeluarkan bunyi haiwan pemangsa (seperti suara burung helang atau anjing) ataupun bunyi suara burung yang sedang ketakutan.

 

Petua Elak Mabuk Kenderaan

Mabuk kenderaan biasanya menimpa sesetengah orang ketika berjalan jauh. Lebih-lebih lagi jika dalam perjalanan, anda terpaksa melalui jalan yang berbengkang-bengkok.

1. Ambil 3 sudu makan madu asli.

2. Campurkannya dengan sedikit garam.

3. Minumlah sebelum anda jalan jauh.

Petua Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.

2. Hiris bawang putih nipis-nipis.

3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.

4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Mengenali Titik Rangsang WANITA

1. Jika seorang wanita berkulit putih tempat berahinya pada kedua belah pipi.

2. Jika kulitnya Mambang Awak (yakni tidak kuning dan tidak hitam) tempat berahinya pada kedua mata atau buah dadanya. Ciumlah tempat tersebut, waktu datangnya berahi setelah larut malam.

3. Jika kulitnya kuning tempat birahinya di kedua alis, ciumlah tempattersebut, birahinya muncul padajam delapan malam.

4. Jika kulitnya kuning langsat, tempat birahinya pada paha kanan, rabalah tempat tersebut, birahinya muncul padajam tiga.

5. Jika kulitnya kuning kehijauan, tempat birahinya pada kedua bahunya, peluklah tempat tersebut, birahinya muncul jam delapan malam.

6. Jika kulitnya hitam, tempat birahinya di paha kiri, rabalah tempat tersebut birahinya muncul pada jam delapan malam.

7. Jika kulitnya hitam manis, tempat birahinya di kedua telinga ciumlah tempat tersebut, bira hinya muncul pada jam delapan malam.

SUMBER: Kitab Jawa Klasik “Bataljemur Adammakna”