Koleksi Petua Merawat Kulit Terbakar Matahari

Petua 1:

Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.

Petua 2:

Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.

Petua 3:

Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan dua sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar tadi dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.

Petua 4:

Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 18 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.

Related posts:

  1. Rawatan Kecemasan: Kulit Terbakar dan Melecur
  2. Koleksi Petua Merawat Sesak Nafas
  3. Koleksi Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah
  4. Koleksi Petua Mengenai Pakaian
  5. Petua Mengatasi Kulit Kepala Gatal
About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*