1. Pastikan destinasi misalnya, sama ada hendak ke pantai, ke hutan, kota atau sebagainya bagi memudahkan anda membuat persiapan dan memastikan keperluan dan pakaian dibawa sesuai dengan tempat yang hendak dituju.
2. Jangan membazirkan wang untuk membeli baju baru sebagai persediaan sebelum pergi bercuti kerana anda mungkin akan membeli banyak pakaian baharu ketika pergi bercuti.
3. Jika anda membawa anak bercuti bersama, seelok-eloknya pakaian anda dan anak diasingkan dalam beg yang berbeza.
4. Pakaian yang mudah disuai padan dan ringan serta cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg atau tidak memerlukan anda mengheret beg besar. Tetapi jika hendak bercuti ke negara musim sejuk jangan sekali-kali mengabaikan baju sejuk kerana sungguhpun tebal dan berat, ia tetap keperluan utama.
5. Antara aksesori penting untuk wanita dan lelaki ketika bercuti dan perlu dibawa ialah topi, cermin mata hitam dan sandal.
6. Warna cerah dan corak ceria antara rona pakaian yang sesuai untuk bercuti kerana ia membangkitkan mood dan meluahkan perasaan gembira yang memang anda ingin kecapi ketika itu.
Related posts:
