Petua Penjagaan Pakaian Berwarna Gelap

Mencuci – Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.

  • Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada  15 minit
  • Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi pemutih pakaian
  • Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkandan diletakkan di dalam. Kemudian gantung dengan hanger.

Menyeterika – Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.

  • Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
  • Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan lagi semasa melipat)

Menyimpan – Menyimpan pakaian pun  harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baru.

  • Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian. Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan tidak lembab.
  • Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.


Related posts:

  1. Koleksi Petua Mengenai Penjagaan Pakaian
  2. Petua Supaya Pakaian Dalam Tidak Lusuh
  3. Petua Menjaga Pakaian Dalam Wanita
  4. Koleksi Petua Untuk Pakaian
  5. Petua Memilih Pakaian Untuk Bercuti
About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*