Petua Untuk Mengatasi Kulit Berminyak

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya, ikuti petua berikut:

  • Kurangkan makanan berminyak
  • Minum air dengan banyak setiap hari
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.

Related posts:

  1. Khasiat Kunyit Untuk Kulit Berminyak
  2. Petua Untuk Mengurangkan Kulit Muka Berminyak
  3. Petua Mengatasi Kulit Kepala Gatal
  4. Petua Pemilihan Sabun Untuk Kulit Cantik
  5. Petua Untuk Kulit Wanita Cantik Berseri
About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*