Petua Untuk Menghalau Burung

Pilihan 1: Jaring – Sering di pasang pada pokok dan bahagian atas bangunan. Terdapat pelbagai jenis jaring yang terdapat di pasaran.

Pilihan 2: Gel – Gel disapu pada tempat yang selalu dihinggapi burung. Gel ini akan membuatkan burung merasa tidak selesa dan tidak akan hinggap di situ lagi. Kelemahannya, gel akan memerangkap segala habuk dan sampah membuatkan kawasan yang disapu gel menjadi kotor.

Pilihan 3: Patung Haiwan Pemangsa – Patung yang sering digunakan ialah patung musang, burung hantu, helang anjing dan buaya.

Pilihan 4: Bahan Kimia dan Semburan РCecair kimia disembur pada buah, pokok atau hasil tanaman. Bahan kimia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan  akan membuatkan rasa hasil tanaman tidak disukai oleh burung.

Pilihan 5: Lampu strobe dan Sinaran Laser – Lampu strobe mengeluarkan cahaya terang yang berselang-seli dengan warna tertentu. Pencahayaan dari lampu strobe dan sinaran laser akan membuatkan burung berasa terganggu dan akan segera beredar. Sesuai dipasang di tempat-tempat yang gelap dan kelam.

Pilihan 6: Alat Sonik – Alat ini mengeluarkan menakutkan burung dengan mengeluarkan bunyi haiwan pemangsa (seperti suara burung helang atau anjing) ataupun bunyi suara burung yang sedang ketakutan.

 

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies