Perbezaan Resdung, Demam Selsema dan Alahan Hidung

  1. Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu dipanggil resdung.
  2. Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada 3a bulan, resdung akut boleh menjadi kronik. Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung. Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

Gejala Resdung

a.  Hidung tersumbat

b.  Lendir daripada hidung dan tekak

c.  Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

d. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

e.  Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

f.  Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca Resdung

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi Resdung

a. Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

b. Jangkitan otak (meningitis)

c. Sakit tekak yang kronik

d. Jangkitan tulang muka

e.  Memburukkan keadaan lelah

f. Berdengkur yang kronik

g. Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

h. Alahan hidung atau hidung sensitif

i. Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan

a.  Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

b.  Ubat selesema

c.  Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

d. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Petua Menguruskan Resdung

a. Bagi anda yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.

b. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan.

c. Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

d. Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.

e. Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.

f. Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

g. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

h. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.

i. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Koleksi Petua Menghilangkan RESDUNG

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat  jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya.

APA ITU SINUS ?
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka  disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran  aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga  rongga ini setiap masa dan disalirkan  kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya  kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan  penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS
? Sumbat hidung
? Lender dari hidung dan tekak
? Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
? Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
? Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
? Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)

? Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
? Jangkitan otak
? Sakit tekak yang kronik
? Jangkitan tulang muka
? Menerukkan keadaan lelah
? Berdengkur secara kronik
? Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
? Alahan hidung
? Selsema biasa yang melarat

Petua 1:

1. Sedikit akar terung kemar

2. Sedikit akar mengkunyit

3. Akar melur susun

4. Akar melur biasa

5. Kemenyan

Caranya:

Ø  Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .

Ø  Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya diwaktu malam.

Petua 2:

  • Hiris halus 3 biji bawang merah.
  • Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
  • Wapkan ke muka anda.

Petua 3:

1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

2. Picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

4. Seterusnya anda basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya

Petua 4:

1. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak.

2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja.

3. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.

4. Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.

5. Bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya. Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung.