Petua Menjaga Kesihatan Mata

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.

Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

 

Koleksi Petua Wanita Untuk Penjagaan Mata

Petua Untuk Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Petua Untuk Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Pilihan 2: Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata

1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.

2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.

3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.

4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.

5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

Petua Untuk Menyegarkan Mata

1. Ambil daun lobak merah dan rendamkannya dalam bekas yang berisi air panas.

2. Biarkannya selama beberapa minit.

3. Kemudian sebelum makan, minum dahulu air rendaman itu. Sebaik-baiknya, amalkan meminumnya 3 kali sehari.

Petua Untuk Mata Segar dan Sihat

Pilihan 1: Lekapkan 2 uncang teh yang sudah digunakan pada kedua-dua belah mata selama 12 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar.

Pilihan 2: Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama 20 minit sambil anda berbaring.

Pilihan 3: Keluarkan lendir dari beberapa batang daun lidah buaya. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata dan pejamkan mata kira-kira 35 minit. Selepas itu, cucilah kelopak mata anda.

Pilihan 4: Untuk menyegarkan mata gatal dan letih, ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Seterusnya, tapis airnya. Rendamkan mata anda ke dalam air suam tersebut sambil kerdipkan berulang kali. Amalkannya selalu.

 

Petua Merawat Mata Bengkak

Pilihan 1: Ambil akar Penaga Laut, cuci bersih dan masukkan ke dalam segelas air panas. Seterusnya, tapis dengan kertas turas dan basuh mata dengan air rendaman akar tersebut.

Pilihan 2: Ambil Bunga Raya dan masukkan ke dalam air panas yang baru mendidih. Seterusnya, tapis dan gunakan air tersebut sebagai losyen. Sapukan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 3: Rebus Bunga Cina sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk mencuci mata anda yang sakit.

Pilihan 4: Rebus daun Kacang Botor sehingga mendidih. Setelah sejuk air rendaman tersebut, ambil air itu untuk mencuci bahagian mata yang bermasalah.

Pilihan 5: Ambil jeli daun Lidah Buaya dan masukkan ke dalam air masak. Setelah sejuk, ambil air itu untuk disapukan pada bahagian mata anda yang bermasalah.

Pilihan 6: Ambil daun muda Rokam Manis dan tumbuk lumat. Perah airnya dan titiskan pada kelopak mata anda yang bengkak.

Pilihan 7: Tumbuk lumat daun Setawar dan tampalkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 8: Rendamkan daun teh dalam air panas dan wapkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 9: Rebus Jintan Hitam sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis airnya dengan kertas  tulas dan basuh mata anda yang bengkak pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 10: Basuh bersih Pangkal Lembah dan rebus sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis dengan kertas turas dan gunakan air rebusan ini untuk mencuci mata anda yang sakit dan bengkak.

Pilihan 11: Tumbuk lumat pokok Pegaga, perah dan tapis airnya. Titiskan air tapisan ke dalam mata anda sebanyak 4 kali sehari.

 

Kenapa Ketumbit Boleh Berlaku?

Ketumbit berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria “Staphylococcus aureus”. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis – Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak. Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-Simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

 

Koleksi Petua Untuk Merawat Sakit Mata

Pilihan 1:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.

Pilihan 2:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.  Petua ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.

Pilihan 3:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.