Petua Untuk Merawat Sengatan Tebuan

Pilihan 1:

  1. Ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra.
  2. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.

Pilihan 2:

1. Ambil segumpal tanah dan ludah pada tanah tersebut.

2. Letakkan tanah itu pada tempat yang terkena sengatan tebuan.

Pilihan 3:

Ambil biji asam jawa, belahkan dan tekapkan pada bahagian asam jaa (warna putih) yang terkena sengatan.

Jika ada bisa, asam jawa tersebut akan melekap. Asam jawa tersebut akan tertanggal apabila bisa habis.

Petua Untuk Menghalau Lipan

Lipan biasanya akan keluar  merayap-rayap pada waktu malam.  Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh.  Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua.  Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.

Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar sepertikerengga..  Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya.  Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bias. Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah.  Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak.  Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.  Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari.  Oleh itu, biarkanlah lipan itu terus hidup selagi ia tidak membahayakan keselamatan anda.

Fakta Mengenai Lipan

1. Lipan sangat suka kepada tempat-tempat yang lembab.

2. Mangsa lipan ialah lipas dan semut.

3. Lipan masuk ke rumah melalui lubang-lubang atau retakan di dinding, lantai dan celah pintu.

4. Lipan suka datang ke halaman rumah yang punya longkang yang kotor dan air tidak mengalir.

5. Lipan suka pada halaman rumah yang punya banyak daun-daun bertaburan dan  tidak dibersihkan.

6. Lipan rumah biasanya 1 hingga 2 inci panjang.

7. Lipan ada pelbagai warna : putih, hitam dan merah.

8. Lipan rumah sangat laju bergerak

9. Lagi besar lipan, lagi bisa sengatannya

10. Lipan rumah tidak berbahaya tetapi bisanya gigitan bergantung kepada badan seseorang itu, samada ada alergi atau tidak.

Petua Rawatan Digigit Lipan

1. Apabila disengat lipan, serta-merta letak ais pada tempat sengatan supaya terhenti sebaran toxinnya dan menghentikan bengkak.

2. Jumpa doktor serta-merta.

Petua Menghalau dan Mengelak Lipan Masuk Rumah

1. Jemur tikar-tikar LINO atau VINYL supaya kering.

2. Cari tempat-tempat yang lembab dan keringkan

3. Cari penyebab kelembapan dan tutup retakan dengan silicon.

4. Bersihkan dan buang semua jenis sarang-sarang semut dan serangga lain

5. Taburkan serbuk filter “DIATOMACEOUS EARTH” : (Banyak dijual di kedai hardware

untuk tujuan filter swimming pool dan filter air). Tutup hidung dengan sapu tangan sambil taburkan pada tempat-tempat yang disyaki.

6. Jika anda ingin gunakan spray (semburan), gunakan yang ada kimia PYRETHRIN. Tutup hidung, pakai goggle dan minta keluarga keluar dari rumah sebelum spray. Basuh tangan, ketepikan pakaian yang digunakan dan mandi selepas  spray.

7. Tabur “DIATOMACEOUS EARTH” sekeliling rumah di bahagian luar atau atas tanah.

Petua Untuk Membersihkan Luka-Luka

 

1. Ambil tawas yang telah dibakar, belerang dan kulit kayu manis.

2. Tumbuk sampai halus.

3. Kemudian sapukan luka itu dengan madu.

4. Akhir sekali percikkan serbuk yang telah dihaluskan itu.

Petua Mengubati Lelah atau Asma

Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.

Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari). Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian, berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.

Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.  Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun ‘Hati-hati atau ‘Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.

 

Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Asma

Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

 

Khasiat Madu Lebah Asli

1. Boleh mengubati penyakit dalam perut.
2. Boleh mengubati penyakit angin medu.
3. Boleh membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
4. Boleh mengubati penyakit ketagihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum.
5. Melawaskan pembuangan air besar.
6. Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
7. Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
8. Menghilangkan penyakit banyak kahak.
9. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat di paru-paru.
10. Mencerdaskan otak kanak-kanak.
11. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
12. Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacau dan minum.

AMARAN: Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (Timun Cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.

Rawatan Kecemasan: Kulit Terbakar dan Melecur

Kecederaan Kecil – Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit. Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera. Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera. Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk – Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit. Periksa pernafasan dan nadinya. Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat. Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar. Balut tempat yang cedera dengan kain bersih. Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Kecederaan Akibat Bahan Kimia – Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit. Balut kecederaan dengan kain bersih. Dapatkan rawatan lanjut dengan segera. Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda. Jangan sekali-kali menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.