Petua Untuk Badan Ringan dan Bertenaga

Minum air rebusan serai dan halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Jika anda meminum air rebusan ini pagi dan malam, badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Petua Moden Untuk Kekal Langsing

Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh memudaratkan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera, sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang menghadapi masalah berat badan, ikutilah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan pada waktu pagi.

2. Waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam, walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu, cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

5. Sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Pada hari ketika anda berpuasa, anda disarankan untuk melakukan senaman.

6. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

 

Petua Untuk Kelihatan Langsing dan Menawan

Pakai Seluar Hitam – Salah satu pakaian yang perlu ada di wardrobe anda ialah seluar berwarna hitam. Warna hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan orang ramai supaya mereka lihat tubuh anda bersaiz yang lebih kecil. Anda  perlu membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus. Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda perlu ada paling minima 3 helai seluar hitam sebagai koleksi.

Pakai Seluar Denim – Seluar denim mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.

PANDUAN MEMBELI:

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim, potongan khusus untuk kaum lelaki.

b. Jika anda ingin kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.

c. Anda perlu beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana, ia membantu mengubah pandangan orang lain terhadap dimensi punggung anda.

d. Jika anda memiliki peha yang besar, jangan pakai seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki, terutamanya peha. Ia akan menarik perhatian orang lain untuk melihat bahagian berkenaan.

Petua Untuk Kurus dan Langsing

Jika anda mengalami berat badan yang  berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan  berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam  peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas  anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman  ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur  turun.

Menu Mingguan Untuk Turunkan Berat Badan

Isnin

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat dan  susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai  dan dal  + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Rabu

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang dan kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai dan dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup – lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo – lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Sabtu

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich – roti mil penuh tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam – lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad

Ahad

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong  6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren


Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan

1. Makan secara perlahan.

2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.

3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.

5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.

7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.

8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.

9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan  anda berselera untuk makan.

10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal atau pun  minumlah air suam  diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan  selera makan.

Petua Untuk Kurus Badan Dengan Segera

Selepas bangun pagi, sebelum memberus gigi dan berkumur, minum air suam dan air kosong sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 30 minit. Sistem perkumuhan dalam badan anda akan bertindak mengeluarkan segala toksid yang tersimpan di dalam badan secepat mungkin. Cuba lakukannya. Anda pasti teruja untuk mengurangkan berat badan secepat mungkin.

Petua Kecergasan Badan

  1. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
  2. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
  3. Minum susu segar setiap hari.
  4. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
  5. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
  6. Tidur awal dan bangun awal.
  7. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

 

Petua Untuk Kuruskan Badan

1. Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg dalam seminggu. Biasanya 0.5 kg adalah angka yang  mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak berupaya mencapai sasaran awal. Disiplinkan diri dan lakukan secara beransur-ansur.

2. Jangan amalkan sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor. Ada banyak risikonya.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Juga, kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut cream crackers dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan.

5. Banyakkan minum air mineral.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)

Minum petang (3.30 – 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tidak menjadi hal. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan TV.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya, supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai Contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari:

a) 10 minit untuk setiap sesi.

b) Buat 10 minit di waktu pagi

c) 10 minit pada waktu tengahari

d) 10 minit sewaktu petang.

10. Rehat mesti secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Petua Senaman Istimewa Untuk Wanita

1. Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dab ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

2. Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

3. Senaman Klasik Kemutan Faraj

  • Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
  • Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.

Proses Pengemutan

1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut -Seperti menahan air kencing

Saranan – Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.