Amalkan memakan sayur-sayuran secara kerap untuk mencegah penyakit buasir. Antaranya:
- Sawi Pahit
- Tomato
- Daun Ubi
- Peria
- Kailan
- Terung
- Ulam Raja
- Pegaga
- Daun Keledek
- Pucuk Paku
- Kacang Panjang
Koleksi Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Amalkan memakan sayur-sayuran secara kerap untuk mencegah penyakit buasir. Antaranya:
Pokok Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara.
Antara khasiat tumbuhan senduduk ialah untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.
Bagi anda yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.
Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian. Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk di mana-mana kawasan yang anda berkenan.
Nanas adalah penawar penyakit batu karang. Nanas mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional Melayu. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi. Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas.
Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu.
1. Sakit Perut Akibat Keracunan Makanan
Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.
2. Masalah Kecacingan
Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.
3. Demam
Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.
4. Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil
Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.
5. Terseliuh
Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.
Ensaiklopedia Petua Melayu atau ePetuaMelayu adalah suatu koleksi atau himpunan petua-petua, amalan-amalan, ubat-ubatan tradisional Melayu, doa-doa penawar penyakit, doa-doa amalan para Nabi dan Rasul, surah-surah serta ayat-ayat suci Al-Quran yang amat berkhasiat, azimat-azimat, rajah serta asma, hiqzib dan panduan maklumat kesihatan. Ia telah menjadi amalan orang Melayu sejak berkurun lamanya secara turun temurun, dari satu generasi ke generasi yang lain.