Petua Merawat Sakit Tumit Kaki

Biasanya orang yang sudah berusia sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan sahaja menyukarkan berjalan tetapi juga ketika berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu.

Petua Merawat Kutu Air Di Kaki

Selalunya ia berlaku di celahan kaki ataupun di celahan tangan. Bau kaki yang tidak menyenangkan, melecet di celah kaki serta kegatalan yang menyebabkan tangan gatal untuk menggaru.

1. Cuci kaki bersih-bersih dan keringkan.
2. Ambil sedikit kapas dan celupkan dengan cuka yang dimasak.
3. Usap telapak kaki secara rata. Kalau kapas kotor gantikan denga yang bersih.
4. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
5. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia boleh sembuh dalam masa 1 minggu.

Petua Menghaluskan Siku dan Lutut

1. Parut buah nenas segar yang telah dicuci bersih terlebih dahulu.

2. Sapukan pada siku dan lutut anda. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nenas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

3. Setelah itu, bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan sahaja. Akhir sekali, letakkan ‘baby oil’ atau pelembap.

Petua Penjagaan KAKI

1. Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).

2. Guna cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.

3. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh. Jangan guna sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.

4. Keringkan kaki anda dengan menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan. Jangan gosok. Pastikan anda mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan di kaki.

5. Jika kaki anda kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.

6. Potong kuku kaki dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.

7. Jangan menggunakan alat-alat untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu, jika anda menghidap diabetes. Peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama 8 minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan.

8. Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.

9. Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.

10. Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

11. Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.

12. Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh. Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas 2 hari.

Petua Melayu Untuk Tapak Kaki Kering dan Mengelupas

Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.