Petua Islam Untuk Tenangkan Hati

1. Tarik nafas, tenangkan hati.

2. Ambil Wudhu’.

3. Banyakkan Istighfar dan berdoa.

4. Dengan penuh khusyuk baca Al Quran.

5. Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain.

6. Hilangkan segala resah.

7. Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan

8. Qiamulaill. Kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah s.w.t.  dalam suasana hening dan damai. Rasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stres. Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail.

9. Siap siaga untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.

Khasiat Madu Lebah Asli

1. Boleh mengubati penyakit dalam perut.
2. Boleh mengubati penyakit angin medu.
3. Boleh membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
4. Boleh mengubati penyakit ketagihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum.
5. Melawaskan pembuangan air besar.
6. Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
7. Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
8. Menghilangkan penyakit banyak kahak.
9. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat di paru-paru.
10. Mencerdaskan otak kanak-kanak.
11. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
12. Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacau dan minum.

AMARAN: Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (Timun Cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.

Petua Merawat Batuk Kering

[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]

Pilihan 1: Ambil ½ cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah. Tumbuk bawang merah hingga lumat, kemudian perah dan ambil airnya. Air perahan tersebut dicampurkan dengan madu lebah dan minum.

Pilihan 2: Minum gam Arab bercampur air gamdum dan gula.

Pilihan 3: Makan ayam gemuk dan masakkan dengan mentega.

Pilihan 4: Makan kismis dengan gula.

Pilihan 5: Ambil klabat dan kacau di atas api sebanyak 5 kali. Setiap kali anda panaskan di atas api gantikan airnya dengan air baharu. Seterusnya, giling dan tambahkan tepung gandum. Jadikan bubur dan tambahkan dengan susu dan gula. Makan pada waktu siang dan malam.

Petua Islam Untuk Menurunkan Darah Tinggi

1. Buat 2 rakaat solat hajat mohon pada Allah s.w.t.

2. Ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi dan masukkan ke dalan segelas air. Minum 3 kali sehari.

eRawatan Islam: Fadhilat Surah Al Fatihah

1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking
Isi gelas dengan sedikit air dan campur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

Rahsia Pemakanan Orang Bijak Pandai Islam

Penemuan – penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

MADU –  Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ‘shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar ‘Raja Ubat’, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, ‘Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu’. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Cara Minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya.

KISMIS – Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara Makan:
i)  Menghadap Kiblat  ii) Baca ‘Bismillah’ dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii) Baca doa penerang hatiiv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU SEGAR – Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

TELUR –  Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, ‘Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur’. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA – Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Cara Makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA –  Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, ‘Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.’

DAGING BURUNG MERPATI – Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK  AYAM – Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

DAGING AYAM –  Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI-  Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

HATI –  Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG – Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM –  Untuk meningkatkan kecerdasan.

ZA’FARAN / KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)- Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan setengah kedai runcit melayu.

KEMENYAN PUTIH – (kemenyan serani/luban/ kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

BUNGA KOBIS –  Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

BUNGA CENGKEH –  Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

LABU – Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., ‘Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal’. Baginda juga berkata, ‘Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. Kebanyakan restoran Arab menyediakan ‘sup’ mereka menggunakan labu kuning.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) – Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI – Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

SAYUR-SAYURAN  dan BUAH-BUAHAN SEGAR – Membantu meningkatkan akal dan memori semua makanan ini jika kita dapat  engamalkannya InsyaAllah ia berkesan untuk kekuatan minda dan juga mental kita. Ia bukan sahaja dapat menguatkan mental tetapi ia juga dapat menyihatkan tubuh badan.

Petua Rawatan Islam Untuk Masalah Migraine

Ambil daun misai kucing  dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’

“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”

Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”

3. “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”

Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”

NOTA: Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur. Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

Petua Perubatan Islam Merawat Asma

1. Membaca ayat-ayat Al Quran yang khusus untuk penyakit ini.
2. Memakan satu sudu besar madu lebah asli setiap pagi.
3. Untuk pesakit  kronik asma, perlu berjumpa dengan doktor.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT ASMA:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anfaal ayat 54 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Ar-Ra’d ayat 19 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 51 hingga 72, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Petua Perubatan Islam – Menguatkan Akal

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.

2. Makan buah badam.

3. Makan daging kambing.

4. Halwa halia.

5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

6. Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.

2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.

3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.

4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.

5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati

1. Ambil 1 biji  limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu.

2. Sapukan kapur sirih pada keratannya.

3. Sapukan  adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.