Petua Pengantin Bertudung Dengan Penuh Gaya

1. Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik.

2. Pilih anak tudung yang sepadan dengan tatahan manik pada baju kerana pemakaiannya boleh membangkitkan pesona pengantin.

3. Pengantin wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala. Ini kerana sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.

4.Pengantin yang memiliki wajah bujur memberikan kelebihan kerana anda sesuai menggayakan sebarang rekaan tudung tetapi lebih elok jika anda mengenakan tudung nipis dan ringkas. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan sarat terutama apabila ia dipadankan dengan layah.

5. Untuk memastikan pemakaian tudung tampak sempurna dan membantu membentuk wajah, pilihlah anak tudung yang tidak terlalu keras serta tidak terlalu lembut.

6. Jika memilih memakai tudung, anda tidak perlu terlalu terikat dengan pilihan baju kurung dan jubah, sebaliknya masih boleh menggayakan baju kebaya kontemporari dan gaun labuh dengan potongan longgar pada bahagian tertentu bagi menyerlahkan keanggunan.

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Parut Badan

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan selalu, ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk  menghilangkan parut.

Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda,

Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokan hari, cucilah menggunakan air suam.

Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 13: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 14: Caranya ialah dengan mengukus ubi kentang yang dibuang kulitnya itu dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

 

Petua Untuk Kulit Lebih Putih dan Tegang

1. Rendam 2 genggam pulut semalaman.
2. Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan, tumbuk dan ayak. Dapatkan tepung yang halus.
3.  Campurkan tepung dengan putih telur sekadar yang mencukupi .
4.  Lumurkan di seluruh muka. Biarkan seketika dan scrub.
5. Lakukan 2 kali seminggu. Hasilnya kulit anda akan lebih putih dan tegang.

Petua Moden Untuk Kulit Cantik

  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan 6 bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.

Petua Untuk Mata Segar dan Sihat

Pilihan 1: Lekapkan 2 uncang teh yang sudah digunakan pada kedua-dua belah mata selama 12 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar.

Pilihan 2: Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama 20 minit sambil anda berbaring.

Pilihan 3: Keluarkan lendir dari beberapa batang daun lidah buaya. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata dan pejamkan mata kira-kira 35 minit. Selepas itu, cucilah kelopak mata anda.

Pilihan 4: Untuk menyegarkan mata gatal dan letih, ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Seterusnya, tapis airnya. Rendamkan mata anda ke dalam air suam tersebut sambil kerdipkan berulang kali. Amalkannya selalu.

 

Petua Islam Untuk Awet Muda

a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad  s.a.w. 3 kali.

b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

d. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

e. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

f. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

g. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

h. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

i. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

j. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

k. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

l. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

m. Amalkan solat tahajud.

n. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

o. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

p.  Maafkan semua orang sebelum tidur.

 

Petua Untuk Badan Kelihatan Berisi dan Mantap

1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 – 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi.  Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.

3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda.

4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.

5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 – 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.

 

8. Bersenam Untuk Membina Otot-Otot. Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Seeloknya anda amalkan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi ingat, penambahan atau pembinaan tisu otot-otot anda  bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang anda warisi.

9. Belajar Mengurangkan Ketegangan. Ini  agak sukar untuk dilakukan tetapi sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Tekanan atau ketegangan adalah salah satu punca yang menyebabkan anda hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Justeru,  pastikan anda berada dalam golongan mana supaya mudah untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.

10. Pantau Berat Badan. Jangan terlalu asyik dengan penimbang berat anda. Berat badan anda berkemungkinan berubah setiap hari dan anda pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu.

Nota: Ramai juga orang yang berat badan mereka bertambah apabila meningkat usia. Ini mungkin kerana pada usia begitu, mereka kurang aktif, lebih sabar, boleh menangani tekanan serta mempunyai lebih masa untuk menikmati sajian. Anda perlu faham bahawa untuk mendapatkan berat badan yang berkualiti akan memakan masa dan juga kesabaran. Yang pasti, tiada formula ajaib untuk mempercepatkan hasilnya.

 

 

 

Petua Menggunakan Bedak Sejuk

1. Bedak sejuk yang terkena air hujan akan berbau dan jika tetap dipakai, ia akan memberi kesan buruk seperti jerawat dan kulit yang kering.  Pemakaian bedak sejuk adalah dengan mengambil beberapa butir bedak sejuk, mengikut agak sendiri dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian disebatikan.  Bedak yang lembab itu disapukan pada wajah dan leher.

2. Sekiranya anda ingin menggunakannya sebagai masker, bedak sejuk perlu digunakan lebih banyak kerana ia akan mengeras di wajah setelah kering.  Sekiranya anda ingin menggunakannya sebagai bedak asas seharian, cukup sekadar sebiji atau dua biji bedak sejuk, kerana ia perlu sapuan yang tipis sahaja. Kebaikan bedak sejuk ialah jika digunakan di wajah, akan mengelakkan jerawat dan masalah kulit yang lain.

3. Di kampung-kampung, bedak sejuk disapukan pada keluruhan wajah dan tubuh bayi atau kanak-kanak untuk mengelakkan ruam panas atau penyakit kulit yang biasa dialami anak-anak kecil itu.

Petua Menjaga Rambut Panjang

[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]

Pilihan 1:  Ambil beberapa helai daun bunga raya. Ramas-ramas sehingga hancur dan mengeluarkan air/lendir. Sapukan ke kulit kepala sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh seperti biasa. Cara ini juga boleh melebatkan dan menghitamkan rambut.

Pilihan 2:  Sapukan santan ke seluruh kulit kepala hingga hujung rambut. Biarkan selama 28 minit, kemudian basuh seperti biasa. Santan baik untuk penjagaan rambut supaya tidak mudah gugur. Amalkan  2 kali seminggu.

 

Petua Untuk Suburkan Rambut

Pilihan 1: Kupas lobak merah dan cuci sehingga bersih. Parut lobak merah tersebut dan perah. Seterusnya, anda usapkan air perahan lobak merah pada kulit kepala sehingga rata. Lakukan urutan secara perlahan-lahan. Biarkan semalaman dan pada keesokan hari barulah anda cuci seperti biasa.

Pilihan 2: Potong pohon pisang di bahagian bawahnya. Di atas bonggol pisang yang masih tertanam, buatkan lubang dan biarkan semalaman supaya penuh dengan air pada keesokan paginya. Gunakan air yang tertakung dalam lubang tersebut untuk mencuci rambut anda. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 3: Belah daun lidah buaya dan gosokkannya pada seluruh kulit kepala. Lakukan setiap pagi. Bersihkan rambut anda selepas menggosoknya dengan daun tersebut.

Pilihan 4: Berjemurlah di bawah sinar cahaya matahari pagi di antara pukul 7 hingga 8 pagi. Anda hanya berbuat demikian tidak lebih daripada ½ jam bagi membantu menyihatkan rambut anda.