Sifat Orang LELAKI

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa petua yang perlu kita tahu:

  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihinya. Boleh menyinggung perasaan dia.
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Jangan benci ibunya.
  • Jika ilmu anda lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari anda.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai anda atau ingin mengenali anda. Pantang sekali.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki anda membuat dia cemburu dan kurang senang. Oleh itu, kurang-kurangkanlah cerita sebegitu.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. Eloklah anda hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. .
  • Jangan sebut tentang bekas teman lelaki anda. Pantang datuk nenek dia.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

ePsikologi: Tabiat Merajuk

Punca Merajuk – Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan. Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah Merajuk Lebih Baik dari Marah? – Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana Mengubati Sikap Merajuk? – Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan. Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.

Petua Untuk Memujuk Orang Yang Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya. Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Kenapa Merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:

1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.

3. Orang Lain Lebih Hebat Dari Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana Nak Pujuk?

1. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar,  ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia..

2. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.

4. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Petua Untuk Mengukuhkan Cinta Jarak Jauh

Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan anda. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Limah. Tapi Limah suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaan anda bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

Hargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah itu keterlaluan? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi.

Pancawarnakan Kehidupan Anda
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang? “Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan. Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah.

Percayalah
Percaya perlu menebal dalam diri. Tidak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tidak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan jangan mudah bosan walaupun berjauhan.  Bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan, jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat

Petua Untuk Menawan Hati Pasangan Anda

1. Mulakan dengan niat baik.

2. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,bersedekah dan berfikiran positif.

3. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

4. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

5. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

7. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

8. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

9. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

10. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan  perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

11. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

12. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

13. Sederhana.

14. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang member perhatian, penghargaan dan  penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

15. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

16. Keserasian adalah tarikan.

17. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

18. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

19. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini  membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

20. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

21. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

22. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

23.Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

24. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

25. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

26. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

27. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

28. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

29. Belajar dan memperbaiki kelemahan.

30. Ikhlas dan bertimbang rasa

Petua Cinta Jinak-Jinak Merpati

1.Jangan terlalu banyak berharap – Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar anda. Jangan mudah  terus-menerus mengirim sms atau menelefonnya.

2.Kenali Isi Hatinya – Sebelum anda meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika anda mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.

3.Dekati Keluarganya – Biasanya seorang wanita jenis  jinak-jinak merpati seperti ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan anda. Sebab itulah anda harus mendekatkan diri anda dengan keluarganya. Pasti anda akan menjadi pasangan hidupnya.

4.Lihat Bahasa Tubuhnya – Tidak semua wanita suka pada anda, atau mahu ikut cakap atau kemahuan anda. Anda harus memperhatikan bahasa tubuhnya. Misalnya, ketika dia berbual dengan anda. Anda pastikan samada dia menatap wajah anda terus-menerus atau tidak. Jika ya, itu bererti dia suka pada anda. Atau semasa berbincang, jarinya bermain-main gelas. Itu bermakna anda sudah hampir  mendapatkannya. Itulah tandanya dia suka kepada anda.

Petua Orang Bercinta

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

Jangan Bersedih Kerana Putus Cinta

Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tetapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contohnya apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

eCINTA: Petua Mengekalkan Sifat Romantis

1.  Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

2. Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

3. Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

4. Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.