Kuku Rosak dan Tandanya

Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat. Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas).

Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:

• Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih

• Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh putih

• Sakit jantung – Nail bed berwarna merah

• Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang

• Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat

• Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya

Petua Untuk Rumah Tangga Bahagia

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan Paling manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10. Suami mesti lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16. Pasangan tua, terutama isteri, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19. Suami isteri pelu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

 

 

Petua Menghindari Bulu Ketiak Tumbuh Lagi

Pilihan 1: Selepas mencabut semua bulu ketiak anda, celupkan ibu kunyit hidup ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama 3 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga baik untuk golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.

Pilihan 2: Ambil 20 biji jintan putih dan 3 kapur barus. Tumbuk semua bahan itu dan campurkan dengan air perasan jeruk nipis. Gosokkan pada ketiak yang telah dicukur atau dicabut hingga bersih.

Petua Untuk Mencabut Bulu Ketiak

Mitos yang dipercayai  ramai ialah mencukur bulu ketiak akan menyebabkannya tumbuh lebih lebat selepas masa berlalu. Tiada buktikan setakat ini bahawa amalan mencukur bulu ketiak akan menghasilkan folikel baru bagi bulu untuk tumbuh.  Pencukuran bulu ketiak seharusnya dilakukan lebih kerap berbanding pencukuran bulu kaki, kerana bulu ketiak tumbuh lebih pantas berbanding bulu kaki. Kawasan ketiak akan menjadi gelap selepas satu tempoh masa dan disebabkan bulu di bawah kulit dapat menyumbang pada penampilan gelap ketiak, dengan mencabut bulu daripada akarnya mampu mengurangkan kegelapan ini dengan berkesan. Bagaimana pun, membuang bulu ketiak samada dengan mencukurnya atau menggunakan cara lain, meningkatkan jumlah lembapan yang melekap di kulit dan sekiranya ia bergabung dengan litupan asid terganggu yang disebabkan oleh penggunaan sabun (pH asas) mungkin membawa pada peningkatan bau badan. Jadi teori yang menyatakan bahawa bulu ketiak yang dicukur dapat mengurangkan bau badan adalah tidak benar.

Pilihan 1: Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.

Pilihan 2: Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

Petua Melegakan Tekak Akibat Batuk

Asam jawa boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan ke dalam botol. Kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat itu ke dalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah. Tekak anda akan merasa lega dan suara tidak serak lagi.

Petua Lelaki Untuk Mendapatkan Otot Besar

Bayam – Bayam adalah makanan yang paling baik untuk membentuk otot. Bayam merupakan bahan bakar otot, kerana mampu meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120 % sehingga jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri. Namun, bayam tidak boleh membuat seseorang itu menjadi lebih langsing dan seksi.

Nenas dan Betik – Ia baik untuk penyembuhan otot. Kedua-dua buah ini membantu memecah protein untuk proses pencernaan.

Salmon – Baik untuk kardiovaskular. Asam lemak yang terdapat pada minyak ikan penting dalam menjaga kesegaran jantung kerana ia mempunyai kesan setelah masuk ke dalam sel jantung. Amalkan minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang kaya dengan asam lemak beberapa kali dalam seminggu.

Air Sejuk – Ia berkesan untuk daya tahan. Jika anda minum air sejuk sebelum dan semasa latihan dapat membantu meningkatkan daya tahan.

Susu Coklat – Ia baik untuk menjaga tubuh tetap berhidrasi. Minuman yang terbaik setelah olahraga adalah susu.. Penambahan coklat pada susu akan mudah menyempurnakan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.

 

 

 

 

 

 

Petua Memakai Minyak Wangi

1. Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi.

2. Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Jika anda suka bertukar haruman anda dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi.  Kesan minyak wangi yang ditinggalkan pada pakaian benang bulu, sebagai contohny,a mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baharu.

3. Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

4. Minyak wangi boleh tahan lama selama 6 bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia boleh bertahan lebih lama lagi. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baharu, ia boleh disimpan selama 1 tahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi di dalam peti sejuk kerana khuatir ia akan memberi kesan kepada makanan.

 

Petua Lelaki Untuk Bercukur

1. Jika anda memiliki janggut dan misai yang agak kasar, sebaiknya sapukan krim atau losyen pencukur terlebih dahulu sebelum bercukur.  Losyen atau krim ini bertindak sebagai bahan antibakteria. Ketika bercukur, terdapat luka-luka kecil pada liang rambut yang dicukur.  Bercukurlah mengikut arah rambut bukannya arah yang bertentangan.

2. Untuk pencukuran yang rapi pula, cukur semula pada arah yang bertentangan dan disudahi dengan mengikut arah rambut.  Jika kawasan yang dicukur mengalami luka, tampalkan cebisan tisu pada bahagian tersebut terlebih dahulu. Dan jangan lupa untuk menggunakan losyen after-shave.  Pastikan juga anda tidak berkongsi pisau cukur dengan sesiapa.

 

Ilmu Firasat Melayu: Tafsiran Mengenali Lelaki

KULIT – Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

RAMBUTJika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

KEPALA – Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

DAHI – Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

MATA – Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

HIDUNG – Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

MULUT  – Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

BIBIR – Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

GIGI – Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

DAGU – Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

SUARA – Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

TELINGA – Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

BAHU – Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.

BELAKANG – Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

MUKA – Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

LEHER – Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

DADA – Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

LIDAH – Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

LENGAN – Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takabur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

TAPAK TANGAN – Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

JARI – Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

PERUT – Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

PINGGANG – Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada berdaging tanda keras hati dan takabur.

BETIS – Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.

KAKI – Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

TUMIT – Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

LANGKAH – Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

(Petikan dari Kitab Tajul Muluk)

 

Khasiat Buah Manggis

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk  menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.