Petua Untuk Kulit Lebih Putih dan Tegang

1. Rendam 2 genggam pulut semalaman.
2. Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan, tumbuk dan ayak. Dapatkan tepung yang halus.
3.  Campurkan tepung dengan putih telur sekadar yang mencukupi .
4.  Lumurkan di seluruh muka. Biarkan seketika dan scrub.
5. Lakukan 2 kali seminggu. Hasilnya kulit anda akan lebih putih dan tegang.

Petua Moden Untuk Kulit Cantik

  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan 6 bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.

Petua Untuk Menghalus dan Mencerahkan Kulit Tubuh

Ambil kacang hijau (goreng tanpa minyak dan kisar) dan campurkan dengan air mawar, jadikan sebagai masker. Lulur dan gosok ke seluruh tubuh. Amalkan selalu. Kulit tubuh akan semakin lembut dan cerah.

Petua Islam Untuk Awet Muda

a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad  s.a.w. 3 kali.

b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

d. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

e. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

f. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

g. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

h. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

i. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

j. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

k. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

l. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

m. Amalkan solat tahajud.

n. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

o. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

p.  Maafkan semua orang sebelum tidur.

 

Petua Untuk Wanita Perut Buncit

Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa  gula setiap hari. Kemudian minum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang  yang tiada mengidap sebarang penyakit.

Khasiat Daun Jambu Batu

Untuk menghaluskan kulit muka, ramas dan lumurkan daun jambu batu. Campurkan daun tersebut dengan bedak sejuk dan tempelkan pada muka anda. Ia pasti akan mencantik dan menghaluskan wajah.

Petua Merawat Bibir Hitam

Pilihan 1: Sapukan madu lebah ke bibir anda dan biarkan selama 25 minit. Kemudian, bilas dengan air.

Pilihan 2:  Sapukan ubat gigi ke bibir anda 5 minit sebelum mandi. Selain memerahkan bibir, ubat gigi juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Pilihan 3: Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu di bahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur.

Pilihan 4: Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya dan campurkan dengan kuning telur ayam kampong. Makan setiap pagi dan malam.

Pilihan 5:  Ambil seketul halia dan kupas kulitnya. Basuh sehingga bersih dan tumbuk atau parut halia tersebut. Campurkan dengan santan kelapa pekat. Sapukan pada bibir anda dan biarkan seberapa lama yang termampu. Anda akan dapati bibir anda  nampak merah dan sedikit jingga.

 

Petua Penjagaan BIBIR

Tahukah anda bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan? Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah ‘berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah kita.

Seseorang itu boleh kelihatan lebih tua daripada usianya apabila kulit dan “epidermis” yang semakin nipis. Masalah ini bertambah teruk lagi pada kulit bibir kerana permukaan bibir lebih nipis berbanding lapisan kulit lain. Bibir kita hanya mempunyai tiga lapisan berbanding bahagian lain kulit sehingga 16 lapisan. Bibir tidak mempunyai sebarang bulu atau rambut halus yang dapat melindunginya dan tiada kelenjar peluh serta kelenjar sebum untuk melembapkan kulit.

Kerana itu, bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif dan paling mudah `berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah. Seiring peningkatan usia, bibir secara semula jadi akan kehilangan air dan minyak, menjadikan kulit bibir lebih cepat dimamah usia berbanding bahagian lain jika tidak dijaga.  Memburukkan lagi masalah, perawatan bibir sering kali diabaikan kebanyakan wanita menyebabkan bibir mudah mengering dan pecah-pecah. Keadaan itu lebih ketara dilihat apabila wanita memakai gincu yang akan memperlihatkan kesan pecah-pecah pada bibirnya. Bagi wanita yang merokok, penuaan pada bibir dikatakan lebih cepat ditambah lagi jika tidak menjaganya.

1. Waktu Siang – Tabiat menyapu pelembab bibir adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

2. Waktu Malam – Kesat semua kesan gincu bibir dengan “gentle make-up remover” sebelum masuk tidur. Kemudian, ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

3. Menggigit – Jika anda suka menggigit dan menjilat bibir, ia adalah penyebab utama bibir anda menggelupas. Jangan menjilat bibir anda. Jika bibir terasa kering, sapukan “lip balm” sepanjang hari.

Petua Untuk Memiliki Kulit Licin dan Mulus

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 18 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata

1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.

2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.

3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.

4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.

5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.