Petua Menjaga Kesihatan Mata

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.

Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

 

Koleksi Petua Wanita Untuk Penjagaan Mata

Petua Untuk Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Petua Untuk Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Pilihan 2: Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata

1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.

2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.

3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.

4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.

5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

1. Lakukan Pemeriksaan Mata – Jika anda selalu menggunakan komputer, anda perlu menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’.

2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian – Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.

3. Kurangkan Silau – Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.  Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya. Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.

4. ‘Upgrade’ Monitor Anda – Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer. Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer – Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap – SENAMAN: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

7. Rehatkan Pandangan – Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.

LATIHAN/SENAMAN: Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.

8. Luangkan Masa Untuk Berehat – Pengguna komputer yang berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama. Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.

 

9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda

Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.

Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.

 

10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer

Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.  Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

Petua Untuk Menyegarkan Mata

1. Ambil daun lobak merah dan rendamkannya dalam bekas yang berisi air panas.

2. Biarkannya selama beberapa minit.

3. Kemudian sebelum makan, minum dahulu air rendaman itu. Sebaik-baiknya, amalkan meminumnya 3 kali sehari.

Petua Untuk Mata Segar dan Sihat

Pilihan 1: Lekapkan 2 uncang teh yang sudah digunakan pada kedua-dua belah mata selama 12 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar.

Pilihan 2: Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama 20 minit sambil anda berbaring.

Pilihan 3: Keluarkan lendir dari beberapa batang daun lidah buaya. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata dan pejamkan mata kira-kira 35 minit. Selepas itu, cucilah kelopak mata anda.

Pilihan 4: Untuk menyegarkan mata gatal dan letih, ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Seterusnya, tapis airnya. Rendamkan mata anda ke dalam air suam tersebut sambil kerdipkan berulang kali. Amalkannya selalu.

 

Petua Untuk Mata Indah

[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]

Bersihkan Mata dari Kosmetik Sebelum Tidur – Apabila tidak dibersihkan, sisa kosmetik akan menyumbat pori-pori. Untuk membersihkan bahagian mata, sebaiknya gunakan pembersih mata khusus mata, kerana mata memiliki bahagian yang lebih sensitif dibandingkan bahagian wajah lain.

Lindungi mata dari sinar matahari – Gunakan eye gel untuk untuk menyegarkan mata. Sebaiknya, gunakan kacamata yang dapat melindungi dari sinar ultraviolet, atau gunakan payung atau topi.

Minum Air Suam – Hal ini dapat mencegah terjadinya dehidrasi yang mana dapat mencegah timbulnya kedutan pada mata.

Makan Buah-buahan dan Sayuran – Kandungan mineral dan vitamin pada buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata. Disamping itu juga bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambah elastisiti mata.

Jangan Gosok Mata Anda – Apabila tangan yang kotor digunakan untuk mengosok mata, hal ini dapat menyebabkan iritasi pada mata anda.

Petua Menghilangkan Kesan Lebam Bawah Mata

Bagi anda yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Begitu juga jika anda yang selalu menggunakan computer, kurang tidur atau kurang nutrisi. Akibatnya, mata anda menjadi letih dan kesan lebam di bawah mata akan mula kelihatan. Corak kulit di bawah mata anda akan kelihatan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah berada di kawasan bawah mata, semakin gelap kelihatan di kawasan bawah mata anda. Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata mungkin juga berlaku disebabkan factor keterunan. Cuba perhatikan mata ayah dan ibu anda. Jika kedapatan rona hitam pada bahagian bawah mata mereka, besar kemungkinan lingkaran hitam pada bahagian bawah mata anda disebabkan faktor keterunan.

Lain-Lain Penyebab:

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.

2. Anda ada alahan.

3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.

4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.

5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.

7. Pengaliran darah yang tidak stabil.

8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.

9. Terdedah kepada cahaya matahari.

10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.

12. Tisu lemak dan cecair.

13. Masalah sinus.

14. Anda memang ada masalah kesihatan.

15. Anda seorang perokok.

PILIHAN PETUA

Pilihan 1:  Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan. Bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 15 hingga 20 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur.

Pilihan 2: Banyakkan meminum air kosong. Pegambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

Pilihan 3: Makan sayur-syuran hijau. Tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian anda.

Pilihan 4: Hiriskan tomato dan tekapkan pada kedua-dua belah mata anda selama beberapa minit. Anda juga boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

Pilihan 5: Kisar sebiji kentang dan bahagikan kepada 2 bahagian. Balutkannya dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tersebut pada kedua-dua belah mata anda. Pastikan anda pejamkan mata anda dan biarkan selama 25 minit.

Pilihan 6: Ambil timun bahagian kepala yang berwarna hijau pekat dan parutkan hujung timun. Ambil tisu muka berbentuk 4 segi dan basahkan dengan air yang terhasil dari parutan tersebut. Lekapkan pada kedua-dua belah mata anda. Anda juga boleh ambil hampas parutan timun tersebut, letak di atas tisu, dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan pada kelopak mata anda. Pejamkan mata anda selamat 25 minit. Amalkan ia selalu.

Pilihan 7: Sapukan bahagian lebam bawah mata dengan air perahan limau atau sitrus yang berwarna kuning. Sapukan di bawah mata. Amalkannya setiap hari.

Petua Merawat Mata Bengkak

Pilihan 1: Ambil akar Penaga Laut, cuci bersih dan masukkan ke dalam segelas air panas. Seterusnya, tapis dengan kertas turas dan basuh mata dengan air rendaman akar tersebut.

Pilihan 2: Ambil Bunga Raya dan masukkan ke dalam air panas yang baru mendidih. Seterusnya, tapis dan gunakan air tersebut sebagai losyen. Sapukan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 3: Rebus Bunga Cina sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk mencuci mata anda yang sakit.

Pilihan 4: Rebus daun Kacang Botor sehingga mendidih. Setelah sejuk air rendaman tersebut, ambil air itu untuk mencuci bahagian mata yang bermasalah.

Pilihan 5: Ambil jeli daun Lidah Buaya dan masukkan ke dalam air masak. Setelah sejuk, ambil air itu untuk disapukan pada bahagian mata anda yang bermasalah.

Pilihan 6: Ambil daun muda Rokam Manis dan tumbuk lumat. Perah airnya dan titiskan pada kelopak mata anda yang bengkak.

Pilihan 7: Tumbuk lumat daun Setawar dan tampalkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 8: Rendamkan daun teh dalam air panas dan wapkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 9: Rebus Jintan Hitam sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis airnya dengan kertas  tulas dan basuh mata anda yang bengkak pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 10: Basuh bersih Pangkal Lembah dan rebus sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis dengan kertas turas dan gunakan air rebusan ini untuk mencuci mata anda yang sakit dan bengkak.

Pilihan 11: Tumbuk lumat pokok Pegaga, perah dan tapis airnya. Titiskan air tapisan ke dalam mata anda sebanyak 4 kali sehari.