Sebelum bersolek, bersihkan bibir anda terlebih dahulu dengan “cleanser” dan tonik. Kemudian pakailah pelembab ke seluruh wajah termasuklah leher. Setelah memakai pelembab, pakailah “foundation” ke seluruh muka termasuk bibir. Khusus pada bahagian bibir, anda boleh bentuk dengan menggunakan pensil lipstik. Kemudian barulah sapu lipstik ke seluruh bibir. Hasilnya, bibir anda menjadi indah dan menarik.
Petua Moden Untuk Melembutkan Bibir
1. Pakai gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan antioksida.
2. Sapukan balm bibir sebelum membersihkan wajah anda sebelum tidur.
3. Hindari sinaran matahari berlebihan. Ia akan mudah mengering atau merosakkan bibir. Sekiranya anda banyak terdedah kepada matahari, pastikan bibir anda tersalut balm bibir yang mengandungi pelindung matahari.
4. Gunakan balm bibir semasa musim dingin atau semasa anda di dalam bilik yang berhawa dingin bagi memastikan kelembutan bibir tetap terpelihara.
5. Bagi mengelakkan bibir mengelupas akibat penggunaan gincu bibir yang kering, sapukan sedikit “Vaselin” sebelum bergincu.
6. Gunakan pelembab bibir sebelum dan selepas berenang atau berjemur.
Petua Untuk Bibir Sentiasa Berseri
Petua Untuk Bibir Cantik dan Seksi
[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]
1. Jika anda tidak gemarkan bersolek, anda perlu sentiasa kekalkan kesihatan dan kelembutan bibir anda. Selalulah melembabkan bibir dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin. Amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur juga mampu menanggalkan sel-sel mati.
2. Untuk memastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit penyamar noda (concealer) atau bedak asas (foundation) supaya mudah membentuk bibir. Gunakan penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar bibir anda.
3. Anda juga perlu menggunakan penggaris bibir bagi memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu. Jika dibandingkan dengan gincu, penggaris bibir mampu bertahan lebih lama. Ratakan keseluruhan bibir dengan penggaris sebelum dibalas dengan gincu.
4. Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup..
5. Gunakan berus bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama. Untuk mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir, atas dan bawah.
6. Sapukan madu lebah bibir sebelum tidur kerana ia bukan sahaja membuat bibir anda menjadi merah tetapi juga menyegarkan bibir untuk menjadi cantik dan seksi.
7. Menurut orang tua-tua dahulu, setiap kali anda bercium dengan suami, bibir anda akan menjadi ‘sihat’ dan cantik. Ini kerana, saraf di bibir anda berada dalam keadaan tegang dan sihat. Oleh itu, cium-ciumlah selalu.
Petua Merawat Bibir Hitam
Pilihan 1: Sapukan madu lebah ke bibir anda dan biarkan selama 25 minit. Kemudian, bilas dengan air.
Pilihan 2: Sapukan ubat gigi ke bibir anda 5 minit sebelum mandi. Selain memerahkan bibir, ubat gigi juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
Pilihan 3: Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu di bahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur.
Pilihan 4: Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya dan campurkan dengan kuning telur ayam kampong. Makan setiap pagi dan malam.
Pilihan 5: Ambil seketul halia dan kupas kulitnya. Basuh sehingga bersih dan tumbuk atau parut halia tersebut. Campurkan dengan santan kelapa pekat. Sapukan pada bibir anda dan biarkan seberapa lama yang termampu. Anda akan dapati bibir anda nampak merah dan sedikit jingga.