Petua Untuk Persediaan Anak Sebelum ke Sekolah

1. Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.

2. Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.

3. Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.

4. Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.

5. Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.

6. Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.

7. Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.

8. Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.

9. Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.

10. Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.

11. Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah

12. Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau  menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.

 

Petua Balik ke Rumah Mertua

Suami:

  1. Bersedia untuk menolong apa sahaja keperluan (ringan tulang) jika diperlukan samaada oleh isteri, anak-anak, mertua atau adik beradiknya.
  2. Bersedia untuk ke kedai membeli barang keperluan.
  3. Mendahulukan membeli barang keperluan daripada adik beradiknya yang lain.
  4. Sentiasa bertanyakan keadaan isteri dan anak-anaknya (setiap 2 jam).
  5. Yang terawal bangun dan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh berjamaah di masjid terdekat.
  6. Sentiasa kemas dan menjaga imej seorang suami dan pemimpin walaupun itu rumahnya sendiri.
  7. Pada hari kedua, bawa anak isteri keluar membeli-belah atau lepak-lepak.

Isteri:

  1. Susun semua bagasi (barang dan pakaian suami, isteri dan anak-anak) dibawa di satu tempat (bilik) yang sediakan agar mudah diambil dan tiada yang tertinggal nanti.
  2. Terus ke dapur untuk semak mana-mana barang keperluan yang perlu di “top up” sambil memerhatikan kedudukan simpanan segala rempah ratus dan peralatan di dapur. Serahkan pada suami untuk  membelinya dengan segera.  Jangan biarkan ayah atau maknya sendiri yang membeli.
  3. Susun strategi sentiasa berada di dapur membantu mertua. Pastikan keperluan anak-anak diselesaikan sebelum sessi dapur bermula.
  4. Jika anak perempuan boleh diharapkan, pastikan mereka juga berada di dapur membantu opahnya. Jika ada anak perempuan lagi, tugaskan yang kedua ini membasuh apa sahaja pinggan yang singgah ke sinkii.
  5. Semasa menghidang makanan, pastikan semua sudah dapat habuan masing-masing, barulah capai pinggan untuk dirinya.
  6. Jika ada perkara yang tidak suka, beri “amaran” kepada suami untuk masuk ke dalam bilik berbincang secara “rahsia”. Cuba selesai dengan bermatlamatkan “hiburkan kedua-dua mertua”.

 

eMedik: Senggugut Ketika Haid

1. Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

2. Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

3. Terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.

4. Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

eMedik: Mengapa Haid Anda Lewat?

Tekanan – Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

Masalah Kesihatan – Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda.

Ubatan – Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan Hormon Prolaktin – Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu Badan – Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah Tiroid – Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk – Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu Kurus – Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap Kira – Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos – Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegahan Hamil – Sekiranya anda baru sahaja mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah penyebab haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Oleh itu, jangan risau.

Hamil – Anda disahkan hamil. Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat?

Sekiranya anda hamil, buatlah temujanji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

 

 

 

Petua Membentuk Sikap Anak-Anak

Jangan sekali-kali memalukan anak atau membuka rahsianya, dan janganlah menampakkan kepadanya, bahawa ada orang lain yang berani melakukan sepertinya. Terutama sekali apabila anak itu telah mencuba untuk menutup keaibannya, dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan kesilapannya. Sebab membuka rahsianya mungkin akan menimbulkan perasaan tindak balas anak itu, sehingga dia menjadi berani mengulangi kelakuan yang salah itu, meskipun diancam untuk didedahkan kesalahan itu kepada orang ramai.

Petua Untuk Hidup Tenang dan Bahagia

1. Cinta – Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. Hormat – Memberi dan menerima, menjadi suatu perkaral yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan.

3. Bersyukur – Tidak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Allah s.w.t.telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. Bahagia – Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah memberi senyuman itu suatu ibadah?

5. Memaafkan – Ramai orang stress kerana tidak sanggup memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat dia tertekan. Padahal jika kita menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. Kejujuran – Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambat jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tidak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

7. Ketulusan – Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

8. Kepekaan – Suatu keajaiban yang diberikan Allah s.w.t. pada kita adalah hati. Dengan hati, kita berasa sedih dan senang, mampu memilih kebenaran.

 

 

Petua Islam Untuk Tenangkan Hati

1. Tarik nafas, tenangkan hati.

2. Ambil Wudhu’.

3. Banyakkan Istighfar dan berdoa.

4. Dengan penuh khusyuk baca Al Quran.

5. Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain.

6. Hilangkan segala resah.

7. Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan

8. Qiamulaill. Kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah s.w.t.  dalam suasana hening dan damai. Rasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stres. Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail.

9. Siap siaga untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.

Petua Jika Anak Meragam Di Majlis atau Di Rumah Orang

  1. Jangan mudah panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa si kecil atau anak anda ini jauh dari orang ramai.  Bawa dia ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Kemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada dicsekelilingnya. Cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
  2. Mungkin juga disebabkan kelaparan. Sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah majlis atau rumah orang pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu, bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Kadang-kadanga hidangan yang disediakan di rumah orang atau majlis tidak sesai dengan usia anak anda.
  3. Pastikan anak anda sudah tidur yang mencukupi. Jika pola tidur anak anak tidak tetap, akan membuatkan dia sentiasa meragam. Sebaiknya anda pergi ke rumah orang atau majlis selepas anak anda bangun dari tidurnya. Waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi. Ini kerana, cuaca pada ketika itu tidak  panas serta ia juga akan  memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
  4. Pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga  boleh mencetuskan keadaan persekitaran  menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa di rumah orang atau di majlis.
  5. Sekiranya keadaan sesak di majlis yang anda hadiri,  mintalah kebenaran tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Dalam keadaan sebegini, anda sebagai ibu bapa haruslah mempunyai persediaan mental yang mencukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
  6. Janganlah terlalu lama berada di rumah orang atau majlis. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dahulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam. Ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.

 

Petua Orang Tua-Tua Dahulu Untuk Mendapatkan Anak

1. Berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.

2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

3. Rancang masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.

4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.

5. Bagi pihak isteri, banyakkan memakan taugeh, daging dan ikan laut.