Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran

SUMBER: Tafsiran dari Kitab Tajul Muluk

Jika dilahirkan pada hari ISNIN:
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

Jika dilahirkan pada hari SELASA:
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Jika dilahirkan pada hari RABU:
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal  kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jika dilahirkan pada hari JUMAAT:
Wanita yang lahir pada hari Jumaat, tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

Jika dilahirkan pada hari SABTU:
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Jika dilahirkan pada hari AHAD:
Wanita yang lahir pada hari Ahad, kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Taat pada suaminya, namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hatinya sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, dia akan cari jalan lain.

eMotivasi: Sikap Positif Yang PERLU Untuk Kita

1. Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang anda kenali dan yang anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat kita bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan, kerja, pangkat, wang dan harta. Hormatilah sesiapa saja. Ini akan menjadikan kita sentiasa bermotivasi. Kebencian orang pada kita akan menjadi doa, iaitu doa untuk menjatuhkan kita. Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat.

2. Doakan orang lain supaya berjaya. Bukan menjatuhkannya. Kita perlu bantu orang lain supaya berjaya, supaya kita juga akan berjaya. Apa yang kita lakukan pada orang lain, itu jugalah balasan pada diri kita kemudian hari. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali kita tidur, setiap kali kita bangun.

Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga

1. Duduk Secara Betul

Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.

2.  Ambil Berat Kesihatan Gigi

Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Ketawa Penawar Duka

Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalaman (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap Berjalan

Bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5.Berhenti Merokok

Merokok mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut, baju dan nafas juga tidak lagi berbau asap rokok. Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

6. Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi

Kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air.  Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan.  Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

7. Makanan Berkhasiat

Secara purata, berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

8.Makanan Tambahan

Vitamin dan mineral  penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.

9.Tidur Yang Mencukupi

Manusia memerlukan tidur 8 jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam. Pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.

Petua Untuk Kulit Cantik

  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.