Koleksi Petua Memasak

Merangupkan Ayam Goreng

Untuk mengekalkan kerangupan ayam goring, masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Selepas itu, gorenglah ayam seperti biasa.

Ayam Goreng Lebih Sedap

Untuk memastikan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.

Nasi Tidak Berbau Hangit

Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. Bau hangit akan hilang.

Kuali Melekat

Sebelum menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Kuali anda tidak akan melekat. Juga, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

Merangupkan Cucur

Tambahkan majerin dan air kapur bersama tepung beras. Cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan.

Menghilangkan Bau Cili Semasa Memasak

Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung anda. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari ke dalam masakan anda, Bau yang memedihkan akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari.

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies