Koleksi Petua Untuk Pakaian

Agar Cucian Lebih Berkesan – Untuk mendapatkan cucian yang lebih berkesan disamping mengurangkan penggunaan sabun, rendamkan dahulu pakaian atau fabrik ke dalam air garam, sebelum dicuci dengan sabun biasa. Manfaat air garam itu ialah untuk melonggarkan kotoran supaya mudah dicuci.

Agar Pakaian Tidak Mudah Luntur – Kadang-kadang pakaian baru yang berwarna-warni akan luntur warnanya pada basuhan pertama. Untuk mencegahnya rendamkan dahulu dalam air kelapa selama satu hari.

Menghilangkan Kotoran Degil – Biasanya kita menggunakan peluntur untuk hilangkan kotoran degil, tetapi kalau tersilap langkah boleh merosakkan warna pakaian dan menjadikannya bertompok-tompok putih kehilangan warna. Sebagai alternatif, campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.

Cara Memakai Pakaian Supaya Kelihatan Hebat – Semasa memakai baju atau sahaja jenis pakaian, baca ayat ini: “Nasrumminallohi wafat-hun qoriibun wabashshiril mukminiin”

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies