Pemakaian tudung sudah menjadi satu kelaziman di kalangan wanita Islam di negara ini dalam memenuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yang telah disyariatkan. Tanpa meminggirkan niat asal tersebut dan seiring dengan perkembangan semasa, tudung menjadi sebahagian elemen fesyen yang sedikit sebanyak berperanan meningkatkan penampilan diri wanita muslimah. Pemakaian tudung dan selendang di kalangan wanita masa kini semakin hari semakin kreatif lebih-lebih lagi dengan rekaan-rekaan yang menarik dan bervariasi. Bukan saja di kalangan remaja bersekolah, pemakaian tudung jelas bertambah meluas di kalangan suri rumah, golongan profesional, selebriti, tokoh pemimpin, sehinggalah kepada kerabat diraja.
Tudung boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
1. Anak tudung
2, Tudung empat segi
3. Selendang
4. Tudung sarung
5. Serkup
6. Topi
7. Turban.
v Tudung empat segi yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu pula dibuat daripada beberapa jenis kain seperti kain bawal, sifon dan polyana (campuran poliester dan kain kapas). Hanya beberapa jenis kain sahaja yang sesuai dan cantik untuk membuat tudung seperti sutera, sifon dan bawal.
v Kain memeri (stretchtable) dan kain spandex menjadi pilihan pereka tudung untuk membuat tudung sarung kerana kain jenis itu berat dan terletak cantik di atas kepala apabila memakainya.
v Turban juga sesuai dibuat daripada kain memeri, namun ia bergantung kepada rekaan turban itu sendiri. Selain kain memeri, turban turut sesuai dibuat daripada kain kapas di mana pemakainya tidak akan berasa terlalu panas.
Speak Your Mind