Tahukah anda bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan? Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah ‘berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah kita.
Seseorang itu boleh kelihatan lebih tua daripada usianya apabila kulit dan “epidermis” yang semakin nipis. Masalah ini bertambah teruk lagi pada kulit bibir kerana permukaan bibir lebih nipis berbanding lapisan kulit lain. Bibir kita hanya mempunyai tiga lapisan berbanding bahagian lain kulit sehingga 16 lapisan. Bibir tidak mempunyai sebarang bulu atau rambut halus yang dapat melindunginya dan tiada kelenjar peluh serta kelenjar sebum untuk melembapkan kulit.
Kerana itu, bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif dan paling mudah `berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah. Seiring peningkatan usia, bibir secara semula jadi akan kehilangan air dan minyak, menjadikan kulit bibir lebih cepat dimamah usia berbanding bahagian lain jika tidak dijaga. Memburukkan lagi masalah, perawatan bibir sering kali diabaikan kebanyakan wanita menyebabkan bibir mudah mengering dan pecah-pecah. Keadaan itu lebih ketara dilihat apabila wanita memakai gincu yang akan memperlihatkan kesan pecah-pecah pada bibirnya. Bagi wanita yang merokok, penuaan pada bibir dikatakan lebih cepat ditambah lagi jika tidak menjaganya.
1. Waktu Siang – Tabiat menyapu pelembab bibir adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.
2. Waktu Malam – Kesat semua kesan gincu bibir dengan “gentle make-up remover” sebelum masuk tidur. Kemudian, ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.
3. Menggigit – Jika anda suka menggigit dan menjilat bibir, ia adalah penyebab utama bibir anda menggelupas. Jangan menjilat bibir anda. Jika bibir terasa kering, sapukan “lip balm” sepanjang hari.
Speak Your Mind