Petua Rawatan Wajah di Rumah

Bahan:

1. Pembersih wajah
2.Krim untuk pengelupasan (scrub)
3. Air Suam
4. Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
5. Pelembap

CARANYA:

1. Bersihkan Muka

Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan

Gunakan jari tangan dan sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh muka anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan

Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan muka anda pada wap daripada air panas berkenaan. Anda boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk, lalu ditekan lembut-lembut pada muka anda sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan Pupur

Jika anda mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Untuk kulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap

Pupuk krim pelembap pada muka anda. Jangan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit muka mengelupas.

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies