Petua Senggama Untuk Lelaki

Khasiat mengkudu (Morinda Citrifolia) teramatlah banyak sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun begitu,  anda  boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan.

Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu seperti yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.

2. Kemudian, bersihkan dulu kesemua buah mengkudu tersebut.

3. Kisar buah mengkudu dengan sedikit air masak.

4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.

5. Campurkan jus mengkudu tu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu saja.

6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.

Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua di atas secara berterusan.

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies