Petua Untuk Bibir Cantik dan Seksi

[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]

1. Jika anda tidak gemarkan bersolek, anda perlu sentiasa kekalkan kesihatan dan kelembutan bibir anda. Selalulah melembabkan bibir dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin. Amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur juga mampu menanggalkan sel-sel mati.

2. Untuk memastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit penyamar noda (concealer) atau bedak asas (foundation) supaya mudah membentuk bibir. Gunakan penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar bibir anda.

3. Anda juga perlu menggunakan penggaris bibir bagi memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu. Jika dibandingkan dengan gincu, penggaris bibir mampu bertahan lebih lama. Ratakan keseluruhan bibir dengan penggaris sebelum dibalas dengan gincu.

4. Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup..

5. Gunakan berus bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama. Untuk mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir, atas dan bawah.

6. Sapukan madu lebah bibir sebelum tidur kerana ia bukan sahaja membuat bibir anda menjadi merah tetapi juga menyegarkan bibir untuk menjadi cantik dan seksi.

7.  Menurut orang tua-tua dahulu, setiap kali anda bercium dengan suami, bibir anda akan menjadi ‘sihat’ dan cantik. Ini kerana, saraf di bibir anda berada dalam keadaan tegang dan sihat. Oleh itu, cium-ciumlah selalu.

 

 

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies