Khasiat Rempah Ratus
Memakan rempah ratus dalam bentuk serbuk amat mujarab dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Rempah ratus berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah, tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum, dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.
Khasiat Jamu
Mengamalkan jamu dari umur masih muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan anda awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh mempercepatkan menopause.
Speak Your Mind