Petua Untuk Kuruskan Badan

petua untuk kuruskan badan

Panduan:

  1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.
  2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
  3. Jangan makan “frozen food” (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
  4. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat. Kafein melambatkan pembakaran lemak

Petua:

  1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
  3. Anda boleh makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi  jangan makan nasi atau roti.
  4. Anda mesti bersenam sekurang-kurang 30 minit sehari.

Kategori Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies