Petua Untuk Menghilangkan Jerawat

Petua untuk menghilangkan jerawat dengan Limau Nipis

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka.  Jeragat pula kalau tidak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan atau membersihkan jerawat.

Pilihan 1:

a) Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda.

b) Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

c) Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Pilihan 2:

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Pilihan 3:

a) Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan dua jenis sahaja.

b) Semua akar tersebut diasah di buntut pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.

c) Anda juga boleh campurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya.  Selain diasah, ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan.

Pilihan 4:

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali.

Pilihan 5:

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.  Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit  Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Pilihan 6:

Parut  jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Pilihan 7:

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Pilihan 8:

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Pilihan 9:

Giling sedikit ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Pilihan 10:

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam .

Pilihan 11:

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Pilihan 12:

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung)

di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu).

Pilihan 13:

Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci muka anda dengan air suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3 kali seminggu.

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies