Petua Menangani Rambut Gugur

Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama 1/2 jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.

Petua Mengawal Kencing Manis

Perubahan Cara Hidup – Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti tertera di bawah:

  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat – Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
– Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
– Jangkitan kuman atau kencing kotor
– Kerosakan buah pinggang
– Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Petua Untuk Menangani Orang Yang Suka Menyindir

Biasanya orang akan menyindir kita kerana orang yang menyindir itu datang dari golongan “zon selesa”, yakni “comfort zone”. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri. Sebenarnya,  mereka “tidak selesa” denga kita oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih daripada mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif terhadap kita adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada “zon selesa” mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan. Ini bertunjang pada sikap dengki, khianat dan lain-lain yang negatif.

Apa yang kita boleh buat?

Secara diam-diam, kita biarkan sahaja (kononnya “memaafkan” mereka yang mengkritik dan menyindir kita). Sekiranya kita diam dan “memaafkan mereka”, kita akan merasa satu ‘bebanan’ hilang dari diri kita. Kita “memaafkan” mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha dan kejayaan  kita adalah untuk memperbaiki diri kita sendiri dan keterampilan diri kita. Setelah kita “memaafkan” mereka, teruskan usaha kita dan maju ke hadapan untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan, demi untuk faedah diri kita sendiri. Biarkan mereka bersendirian. Orang yang tidak ada tuju haluan dalam hidup selalunya akan sibuk untuk mengkritik atau menyindir orang lain. Semua itu kerana banyak sangat kekurangan dalam diri mereka dan sudah tentu mereka tidak berupaya menandingi diri kita.

Petua Melebatkan Bulu Kening

Bahan-Bahan
1) Beberapa tangkai daun sirih
2) Lendir daun lidah buaya

Cara Pemakaian
Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan.

Harap petua ini dapat membantu anda.

eMedik: Info Mengenai Jeragat Di Muka

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Penyebabnya:

1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.

2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.

3. Gelisah dan tidak cukup tidur.

4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.

5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Rawatan Moden

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.