Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga

1. Duduk Secara Betul

Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.

2.  Ambil Berat Kesihatan Gigi

Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Ketawa Penawar Duka

Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalaman (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap Berjalan

Bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5.Berhenti Merokok

Merokok mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut, baju dan nafas juga tidak lagi berbau asap rokok. Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

6. Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi

Kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air.  Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan.  Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

7. Makanan Berkhasiat

Secara purata, berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

8.Makanan Tambahan

Vitamin dan mineral  penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.

9.Tidur Yang Mencukupi

Manusia memerlukan tidur 8 jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam. Pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.

Petua Untuk Kelihatan Cantik dan Manis

Khasiat Rempah Ratus

Memakan rempah ratus dalam bentuk serbuk amat mujarab dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Rempah ratus  berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga  dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti  akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah, tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum, dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.

Khasiat Jamu

Mengamalkan jamu dari umur masih muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan  anda awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh mempercepatkan menopause.

Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan

Petua untuk kelihatan jelita

PILIHAN 1:

a) Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, dan sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang anda mampu.

b) Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.  Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (biarkan ia pekat seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

c) Ambil air kelapa muda 1/2 gelas dan kacau dengan 1 biji telur ayam kampong. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 – 6 kali seminggu.

PILIHAN 2:

Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidak cukup tidur, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan petua ini:

a) Ambil 10 liter air dan campurkan dengan 500 gram daun teh. Campurkan dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan ia mndidih sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut-turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher anda. Amalkannya setiap pagi.

b) Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus. Campurkan segelas air. Ramuan hendaklah dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

c) Ambil daun katuk atau cekur manis 10 lebar dan dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah anda dan biarkan 10 minit. Selepas itu bilas bersih. Amalkannya setiap malam.

d) Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapukan pada wajah anda. Biarkan ia kering dan bilas bersih.

e) Ambil 2 biji pisang embun dan lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka anda. Apabila sudah kering, bilas bersih.

f) Ambil kulit dari 2 biji pisang dan dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit muka anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit muka jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan ia kering dan bilas.