Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan

Petua untuk kelihatan jelita

PILIHAN 1:

a) Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, dan sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang anda mampu.

b) Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.  Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (biarkan ia pekat seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

c) Ambil air kelapa muda 1/2 gelas dan kacau dengan 1 biji telur ayam kampong. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 – 6 kali seminggu.

PILIHAN 2:

Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidak cukup tidur, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan petua ini:

a) Ambil 10 liter air dan campurkan dengan 500 gram daun teh. Campurkan dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan ia mndidih sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut-turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher anda. Amalkannya setiap pagi.

b) Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus. Campurkan segelas air. Ramuan hendaklah dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

c) Ambil daun katuk atau cekur manis 10 lebar dan dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah anda dan biarkan 10 minit. Selepas itu bilas bersih. Amalkannya setiap malam.

d) Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapukan pada wajah anda. Biarkan ia kering dan bilas bersih.

e) Ambil 2 biji pisang embun dan lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka anda. Apabila sudah kering, bilas bersih.

f) Ambil kulit dari 2 biji pisang dan dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit muka anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit muka jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan ia kering dan bilas.