Petua Untuk Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang anda terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan.

2.  Jangan menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila anda panas hati, kawal diri anda. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.  Imbas kembali segala kenangan manis dan memahamilah bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan sesungguhnya  tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan atau pun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.