eMedik: Masalah Kelemumur

* Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan

* Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari

* Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari

* Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur

* Kulit kepala gatal dan menggelupas

* Terdapat kelupasan kulit kepala berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu

* Terdapat kelupasan kulit kepala berwarna putih dan berminyak pada pakaian

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kelemumur:

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

Petua Rawatan Moden:

Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.

Cara Mencegah Kelemumur:
a. Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
b. Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut

Petua Melayu

  • Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
  • Kemudian di lumurkan di atas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia ke seluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu, balut rambut anda dengan tuala yang bersih
  • Diperap semalaman. Bilas rambut seperti biasa

NOTA: Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.

Related posts:

  1. Petua Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan
  2. Petua Rawatan Islam Untuk Masalah Migraine
  3. eMedik: Akne atau Jerawat
  4. eMedik: Kembung Perut
  5. Petua Rambut Untuk Muslimah
About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*