Petua Supaya Pakaian Dalam Tidak Lusuh

  1. Jangan manjakan pakaian dalam anda dengan mencucinya menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam dengan menggunakan tangan. Biasanya pakaian dalam dibuat dengan bahan yang lebih halus dan lembut, jika sering terkena gesekan dengan mesin basuh, pakaian dalam anda tidak akan tahan lama.
  2. Jika akan merendam pakaian dalam, gunakan air yang dingin dengan detergent yang lembut. Anda juga boleh gunakan sabun mandi. Hindari menggunakan pemutih. Jika anda mencuci pakaian dalam bersamaan dengan baju-baju anda, asingkan dahulu dengan pakaian lain.
  3. Jangan menggosok dan memerah pakaian dalam. Setelah direndam, tekan-tekan dan perah dengan lembut dan bilas dengan air dingin.
  4. Jangan gunakan msein pengering untuk mengeringkan pakaian dalam anda.
  5. Jemur pakaian dalam di tempat yang teduh. Hindari terkena sinar matahari langsung. Jemur pakaian dalam dengan cara dihamparkan. Jangan menggantung pakaian dalam, ketika menjemurnya.

 

Petua Untuk Menanggalkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

Pilihan 1: Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Pilihan 2: Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Pilihan 3: Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Pilihan 4: Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

Petua Menjaga Pakaian Dalam Wanita

1. Jangan rendam pakaian dalam terlalu lama dalam air kerana ia akan menyebabkan fabrik yang digunakan lusuh.

2. Jangan memasukkan pakaian dalam ke dalam mesin basuh kerana ia akan menyebabkan struktur pakaian dalam rosak akibat bercampur dengan pakaian lain.

3. Gunakan basuhan tangan untuk membasuh pakaian dalam dan tidak memerah span pakaian dalam berkenaan sewenang-wenangnya. Lebih baik lagi jika anda kepalkan tangan dan letak span di atasnya, kemudian tekan perlahan-lahan.

4. Sidai pakaian dalam dengan meletakkan bahagian tengah antara kedua-dua mangkuk di atas penyangkut baju.

Koleksi Petua Untuk Menghalau Lalat

Pilihan 1:

  • Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau ditempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
  • Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 2:

Sekiranya anda berhajat membuat kenduri malangnya lalat banyak menghurung, letakkan beberapa potong kulit kayu manis di atas meja hidangan. Lalat akan beredar.

Pilihan 3:

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 4:

Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 5:

Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.

Petua 6:

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak dan tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Petua Untuk Membersih Seterika

1.  Kikis terlebih dahulu kotoran yang melekat pada seterika menggunakan kertas pasir.  Setelah kotoran yang kasar itu hilang, hidupkan suis dan panaskan seterika pada kepanasan yang sederhana.  Kemudian gosokkan seterika pada permukaan kain yang halus berulang kali sehingga semua sisa kotoran hilang.  Setelah itu sediakan sehelai daun pisang.  Gosokkan seterika di atas daun pisang itu sehingga seterika keilhatan benar-benar bersih.  Daun pisang membantu menanggalkan kesan kotoran yang masih melekat pada seterika.

2. Penyapu lidi juga boleh digunakan untuk menanggalkan kerak degil pada seterika.  Panaskan seterika dan kemudian gosokkan di atas penyapu lidi itu.  Gosok sehingga semua sisa kotoran tanggal sedikit demi sedikit.

Koleksi Petua Mengenai Penjagaan Pakaian

Gula-Gula Getah Melekat Pada Pakaian – Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat –

1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.

2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat – Potong 2 biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian – Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat – Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas – Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain –

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri.

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.

* Campurkan dengan air.

* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.

* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian

1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah – Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian

1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.

2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian

1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.

2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain – Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian – Rebus 2 biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik –

1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.

2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera – Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip – jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit – Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.

* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.

* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Petua Untuk Melancarkan Zip

Sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu, cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Zip itu akan kembali lancar.

Koleksi Petua Mengenai Pakaian

Pakaian Terkena Dakwat

  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian

  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian

  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian

  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik

  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan b

Petua Hilangkan Tahi Lalat di Pakaian

Campurkan 1 cawan cuka dengan 1/2 baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat ke dalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya,  cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Petua Untuk Mengurangkan Menonton TV

1. Jangan letak TV di ruang tamu. Ini kerana apabila kita balik, kita akan terus buka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan pasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja.

2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa.

3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu, anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Elok diamalkan begini sejak anak-anak masih kecil lagi.

4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak. Kita harus bijak memilih program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesannya bukan dalam jangka masa pendek sahaja, tetapi juga dalam jangka masa panjang.

5. Berhati-hati dengan program TV yang anda tonton, kerana tv memang benar-benar mampu memprogram minda anda. Kita mungkin secara sedar tidak merasa apa-apa. Bagi kita hanya hiburan, tetapi realitinya nilai-nilai yang disampaikan dalam rancangan tersebut terakam masuk langsung ke dalam minda dan mempengaruhi pemikiran kita.