Petua Pemilihan Sabun Untuk Kulit Cantik

Pemilihan sabun yang betul dan sesuai amat penting dalam penjagaan kulit. Oleh itu, pilihlah sabun yang berkualiti dan sesuai dengan kulit anda. Jika sabun yang digunakan tidak berkualiti, pasti ada di antaranya yang menyebabkan kulit kering dan alahan. Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang. Jika kulit anda terlalu kering, pilihlah sabun yang mengandungi formula gliserin, petroleum dan beeswax kerana ketiga-tiga bahan itu boleh membantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat. Selain itu, sabun yang mengandungi rumusan bahan semulajadi, misalnya oren, limau, anggur dan timun juga baik untuk kulit.

Anda perlu tahu jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula seperti berikut:

1. Sodium Hydroxide & Alkaline – Ia menyebabkan kulit mengalami iritasi dan kering.

2. Anti Bacterial Formula – Ia hanya membersihkan bahagian luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang ada pada jerawat.

3. Lemak Haiwan – Ia mengakibatkan jerawat.

4. PH di atas 7 – Ia meningkatkan kewujudan Propionobacteria, iaitu sejenis bakteria penyebab jerawat.

Anda perlu memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:

Acne Soap – Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.

Cosmetics Soap atau Bar Cleanser – Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.

Natural Soap – Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.

Deodorant Soap – Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.

Petua Membersihkan Wajah Sebelum Bersolek

1. Cuci MekapTanggalkan segala kesan mekap pada wajah anda menggunakan pencuci mekap yang tertentu . Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Bagi mengelakkan kulit anda dari kendur, gunakan kapas muka dan tarik dari dalam ke luar wajah dan arah dari bawah ke atas. Begitu juga dengan maskara yang kalis air dan eyeliner berbentuk cecair, kerana ia sukar ditanggalkan. Oleh itu anda perlu menggunakan pencuci mata yang sesuai dan juga mengandungi bahan yang dirumus khas kerana bahagian mata adalah bahagian yang paling sensitif. Caranya adalah dengan menekap kapas pada mata dan tarik menghala ke bawah serta ulangi langkah ini sehingga kesan maskara dan eyeliner hilang.

2. Mencuci MukaBasuh tangan terlebih dahulu sebersih-bersihnya kemudian ikut arahan yang terdapat pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu. Sekiranya pencuci muka anda jenis berbuih maka buihkan dengan campuran air yang secukupnya. Tetapi sekiranya jenis krim, anda boleh terus meletakkan pada wajah dengan membuat 5 dot pada wajah iaitu di bahagian pipi, hidung, dagu dan dahi. Mulakan dengan mencuci bahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke atas dan elakkan daripada mengena bahagian sekitar mata.

3. Kemudian teruskan ke tepi hidung dan hidung, gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung.Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut kemudian ke sekeliling wajah dan diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher. Cuci muka anda sekurang-kurangnya 5 minit dan setelah habis, cuci tangan anda hingga bersih.

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau  menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.

 

Petua Balik ke Rumah Mertua

Suami:

  1. Bersedia untuk menolong apa sahaja keperluan (ringan tulang) jika diperlukan samaada oleh isteri, anak-anak, mertua atau adik beradiknya.
  2. Bersedia untuk ke kedai membeli barang keperluan.
  3. Mendahulukan membeli barang keperluan daripada adik beradiknya yang lain.
  4. Sentiasa bertanyakan keadaan isteri dan anak-anaknya (setiap 2 jam).
  5. Yang terawal bangun dan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh berjamaah di masjid terdekat.
  6. Sentiasa kemas dan menjaga imej seorang suami dan pemimpin walaupun itu rumahnya sendiri.
  7. Pada hari kedua, bawa anak isteri keluar membeli-belah atau lepak-lepak.

Isteri:

  1. Susun semua bagasi (barang dan pakaian suami, isteri dan anak-anak) dibawa di satu tempat (bilik) yang sediakan agar mudah diambil dan tiada yang tertinggal nanti.
  2. Terus ke dapur untuk semak mana-mana barang keperluan yang perlu di “top up” sambil memerhatikan kedudukan simpanan segala rempah ratus dan peralatan di dapur. Serahkan pada suami untuk  membelinya dengan segera.  Jangan biarkan ayah atau maknya sendiri yang membeli.
  3. Susun strategi sentiasa berada di dapur membantu mertua. Pastikan keperluan anak-anak diselesaikan sebelum sessi dapur bermula.
  4. Jika anak perempuan boleh diharapkan, pastikan mereka juga berada di dapur membantu opahnya. Jika ada anak perempuan lagi, tugaskan yang kedua ini membasuh apa sahaja pinggan yang singgah ke sinkii.
  5. Semasa menghidang makanan, pastikan semua sudah dapat habuan masing-masing, barulah capai pinggan untuk dirinya.
  6. Jika ada perkara yang tidak suka, beri “amaran” kepada suami untuk masuk ke dalam bilik berbincang secara “rahsia”. Cuba selesai dengan bermatlamatkan “hiburkan kedua-dua mertua”.

 

Petua Pengantin Bertudung Dengan Penuh Gaya

1. Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik.

2. Pilih anak tudung yang sepadan dengan tatahan manik pada baju kerana pemakaiannya boleh membangkitkan pesona pengantin.

3. Pengantin wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala. Ini kerana sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.

4.Pengantin yang memiliki wajah bujur memberikan kelebihan kerana anda sesuai menggayakan sebarang rekaan tudung tetapi lebih elok jika anda mengenakan tudung nipis dan ringkas. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan sarat terutama apabila ia dipadankan dengan layah.

5. Untuk memastikan pemakaian tudung tampak sempurna dan membantu membentuk wajah, pilihlah anak tudung yang tidak terlalu keras serta tidak terlalu lembut.

6. Jika memilih memakai tudung, anda tidak perlu terlalu terikat dengan pilihan baju kurung dan jubah, sebaliknya masih boleh menggayakan baju kebaya kontemporari dan gaun labuh dengan potongan longgar pada bahagian tertentu bagi menyerlahkan keanggunan.

Petua Untuk Menaikkan Seri Wajah Pengantin

 

44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Dimulakan dengan segelas air putih dan kalimah Bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda.

Tanda-Tanda Isteri Sudah Mula Curang

1. Isteri tidak lagi memerlukan anda. Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang  atau menyeberang jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran anda. Ini mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika dulu dia amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi “independent”, itu mungkin tandanya  dia tidak lagi memerlukan anda di sisinya.

2. Isteri tidak lagi marah. Kalau dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua yang anda buat, dia tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda harus terancang, tetapi sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat tidak lagi membuatnya marah.

3. Dia mula berahsia. Dia tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau dulu, sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya siapa yang telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula yang perlu bertanya kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan beritahu.

4. Sekarang anda pula yang menjadi tumpuan. Apabila anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan. Apabila anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawannya, dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang tidak tepat.

5 – Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara tiba-tiba. Isteri anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar dengan kawan-kawan, memberikan andag kad ‘I Love You” secara tiba-tiba, atau lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.

Tanda-Tanda Suami Sudah Mula Bersikap Curang

1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk – Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3.  Sering Berahsia – Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4.  Semakin Bergaya – Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang – Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

Petua Untuk Lelaki Bujang Bercinta Dengan Ibu Tunggal

Jangan Terlalu Mendesak – Ada kemungkinan wanita ibu tunggal  mempunyai trauma dalam perkahwinan mereka yang terdahulu. Ada yang mungkin pernah dipukul oleh suami, menderita zahir dan batinnya serta lain-lain masalah yang timbul dalam perkahwinan terdahulunya. Justeru itu, jika anda mahu memiliki cinta mereka, jangan sesekali mendesak agar mereka dapat menerima anda di awal perkenalan mereka kerana trauma yang masih wujud akan membuatkan mereka sering berfikir banyak kali untuk perkahwinan keduanya. Mulakanlah perhubungan dengan niat yang baik dan jika anda sudah benar-benar memahami dirinya dan si dia juga sudah benar-benar mengenali diri anda, maka hubungan cinta itu boleh diteruskan.

Jangan Terarah Kepada Hubungan Seks Semata-mata – Umumnya, golongan lelaki sering memandang rendah kepada golongan ibu tunggal seolah-olah mereka terlalu dahaga mahu melakukan hubungan seks. Bagi wanita, cinta yang tulus ikhlas, sifat penyayang dan lain-lain situasi yang menyenangkan mereka adalah pandangan pada cinta pertama. Tidak semua wanita ‘dahagakan seks’ biarpun mereka telah lama putus hubungan di ranjang. Mungkin anda perlu menetapkan pendirian, apakah tujuan utama anda berkawan dengan ibu tunggal ini, semata-mata kerana seks atau anda benar-benar mencintainya dan mahu mengahwininya? Jika anda seorang Islam, ingat hubungan seks sebelum nikah itu haram. Jangan mengambil kesempatan ke atas kaum wanita.

Menjalin Hubungan Baik Dengan Anak-Anaknya – Berbeza situasi jika anda berkawan dengan ibu tunggal yang punya anak dan mereka diceraikan tanpa anak. Bagi mereka yang tiada anak, tiada apa yang perlu difikirkan malah mereka mungkin bebas ke sana ke mari tanpa memikirkan perasaan sesiapa. Namun situasi ini tidak sama dengan ibu tunggal yang punya anak kerana mereka perlu menghabiskan sebahagian masa untuk anak-anak yang masih memerlukan perhatian. Jika anda dapat menawan hati si anak tadi lebih baik kerana hubungan baik anda akan menambahkan kemesraan sekaligus senang untuk anda terus serius menjalin hubungan dengan emaknya pula.

Berterus-Terang Dengan Keluarga – Jika anda mahu mengakhiri perhubungan ke jinjang pelamin, anda harus meyakinkan keluarga tentang wanita pilihan anda. Anda perlu berpendirian tetap kerana kebanyakan hubungan begini pasti akan mendapat tentangan. Jelaskan juga mengapa anda memilihnya dan apa baik buruknya telah anda kaji lebih mendalam. InsyaAllah, jika anda bertegas pada pendirian, pastinya hubungan itu akan berkekalan. Ini kerana golongan ibu tunggal adalah manusia biasa dan mereka juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, bukannya disakiti selalu. Kalau perlu, buktikan juga kepada masyarakat khasnya sanak saudara yang akan masuk campur menjadi ‘nasi tambah’ jika anda mahu mengahwininya.

Petua Untuk Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar  melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah pesanan-pesanan berikut:

TEMPOH MASA PERKENALAN – Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

MEMILIH PASANGAN SENDIRI – Orang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain – ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN – Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan  perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU – Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

BANYAK PENGALAMAN HIDUP – Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ  dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI – Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.

PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA – Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING – Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI – Kebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN – Setiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

?