Ilmu Firasat Melayu – Rahsia Hidung Wanita

Hidung Panjang – Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya.  Selain itu, anda  juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung Kecil – Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda  sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.

– Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan anda.

Hidung Lurus –
Hidung Kembang – Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda  artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing – Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi,  licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek – Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.

Hidung Agak Besar – Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.

Hidung Agak Besar dan Bulat – Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung Agak Besar Bahagian Bawah – Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.

Hidung Agak Besar Tetapi Mancung – Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung Agak Besar Tetapi Penyek – Anda  seorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung Agak Kecil – Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.

Hidung Agak Sederhana – Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung Agak Mancung, Agak Runcing – Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.

Lubang Hidung Agak Lebar – Anda seorang yang sukakan milik orang lain.

Lubang Hidung Agak Kecil – Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

 

 

Ilmu Firasat Melayu: Tafsiran Mengenali Lelaki

KULIT – Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

RAMBUTJika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

KEPALA – Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

DAHI – Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

MATA – Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

HIDUNG – Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

MULUT  – Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

BIBIR – Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

GIGI – Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

DAGU – Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

SUARA – Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

TELINGA – Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

BAHU – Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.

BELAKANG – Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

MUKA – Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

LEHER – Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

DADA – Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

LIDAH – Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

LENGAN – Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takabur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

TAPAK TANGAN – Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

JARI – Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

PERUT – Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

PINGGANG – Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada berdaging tanda keras hati dan takabur.

BETIS – Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.

KAKI – Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

TUMIT – Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

LANGKAH – Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

(Petikan dari Kitab Tajul Muluk)

 

WANITA dan Unsur

Penentuan UNSUR seseorang ditentukan oleh anak yang ke berapa dalam keluarga:-

a) TANAH – anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR – kedua, keenam, kesepuluh

c) API – ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN– keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Ilmu Firasat Melayu: Tafsir Penyakit Melalui MATA

1. WARNA HITAM – Menandakan gejala tekanan darah rendah. Pening apabila bangkit terlalu cepat. Selalunya ketika sebaik sahaja bangun dari tidur atau bangun dari membongkok. Cepat rasa letih dan muka kelihatan pucat. Dan ianya ada kaitan dengan kelemahan penguncupan jantung. Oleh kerana terlalu banyak toksin dari oksigen, akhirnya toksin ini akan merosakkan seluruh organ-organ. Ada orang berpendapat, tekanan darah rendah ini tidak merbahaya. Sebenarnya ianya lebih merbahaya dari penyakit tekanan darah tinggi.

2. WARNA COKELAT – Ianya berkaitan dengan masalah kulit atau pun alahan. Terjadinya tompok-tompok merah. Kulit terasa gatal dan sakit. Termasuk juga semua jenis masalah kulit. Seperti muka berjerawat, kayap, kudis, ekzema, kurap, panau, kelemumur dan sebagainya. Bukannya mudah untuk mengatasi masalah kulit ini. Kerana ada banyak sebab yang perlu dikaji. Biasanya ia berkaitan dengan darah yang kotor. Penyakit kulit ini berpunca dari kegagalan fungsi organ hati. Seperti mana yang kita ketahui hati bertindak sebagai agen penapis segala kekotoran dalam tubuh kita. Ia akan mengeluarkan segala kekotoran berupa najis, peluh, air kencing, bersin dan sebagainya melalui proses perkumuhan semulajadi. Tetapi apabila terlalu banyak toksin yang terkumpul dan menjadi beban pada tugas hati ini. Akhirnya ia gagal untuk berfungsi mengeluarkan kekotoran ini melalui sistem perkumuhan semulajadi. Maka dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti bisul, kudis, kayap, kurap, jerawat dan sebagainya.

3. WARNA BIRU – Perjalanan darah tidak lancar. Akibat daripada pengumpulan toksin di saluran darah. Badan selalu rasa sejuk yang amat sangat. Terutama diwaktu pagi ketika mandi atau waktu hujan turun.

4. WARNA PUTIH – Irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium Ring’ ( calsium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolestrol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi memastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bila mana dia bergerak. Alamat seperti ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku. Lebih-lebih lagi apa tangan dan kaki mula terasa kebas-kebas. Ini menandakan seseorang itu akan menghadapi masalah lumpuh atau mati sebelah badan jika lambat bertindak untuk membuang kolestrol. Inilah kelebihan iridolgis dapat menganalisis lebih awal lagi tahap kesihatan seseorang. Agar dapat bertindak sebelum terlambat.

5. WARNA UNGU – Berkaitan dengan pembuluh darah atau urat menjadi bengkak. Akibat daripada pengumpulan racun yang tinggi menghalang perjalanan darah di pembuluh dan urat-urat saraf. Kita boleh lihat dengan jelas lagi apabila urat-urat berwarna biru atau hitam timbul disekitar kulit kita. terutama di kawasan betis kaki.

6. BENTUK BULAN SABIT – Di kawasan jam 11.00 hingga jam 1.00. Menandakan mudah pelupa atau nyanyuk. Berkaitan dengan faktor usia yang sudah lanjut. Daya ingatan yang kurang bagus. JIka terdapat di jam 11.00 hingga 1.00 dan jam 5.00 hingga 7.00., ini menandakan masalah Anemia  atau kekurangan darah.

7. GARISAN KUNING – Ia berkaitan dengan masalah lebihan asid dalam darah. Badan selalu rasa panas. Kaki mulai rasa bisa-bisa. Perut selalu rasa kurang selesa terutama selepas sarapan pagi. Jika dibiarkan berlarutan akan menghadapi masalah gout.

8. GARISAN LEKUK – Ia berkaitan dengan masalah stress. Akibat daripada beban ditempat kerja, rumahtangga, kesesakan lalulintas juga berkaitan. Terutama mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.

9. LEKUK ATAU LUBANG – Dimana terdapat tanda-tanda berlekuk atau berlubang. Maka organ itulah yang bermasalah. Lagi besar lekuknya maka lagi kroniklah masalah yang dihadapi.

10. WARNA GELAP ATAU KELAM – Jika anak mata kelihatan gelap atau pun nampak kelam sahaja. Ini menandakan ia tinggal dikawasan yang tinggi kadar pencemarannya. Atau pun terlalu lama mengamalkan ubat-ubat yang berunsurkan dadah.

11. COKELAT KEMERAH-MERAHAN – Ianya berhampiran disekeliling anak mata. Menandakan daya serapan usus kecil kurang bagus. Akibatnya sistem pembuangan najisnya kurang elok.

12. BENTUK SIKU KELUANG – Ianya menandakan sarafnya bermasalah. Samada sarat tunjang atau saraf dari punggung hingga ke kaki. Diwaktu malam merasa sakit atau bisa yang amat sangat.

13. PERUT TERLEBIH AKTIF – Kita boleh tanda usus semakin mengecil di sekeliling anak mata. Ini akibat terlalu banyak asid di kawasan perut. Ianya mengganggu sistem pencernaan.

 

 

 

Ilmu Firasat Melayu: Tafsir Tahi Lalat

  • Ubun-ubun – Tamak akan harta benda, jahat dan jahil
  • Unyeng-unyeng – Banyak akal, pendiam tapi cerdas
  • Kepala bagian belakang – Dapat dipercaya, pemberani dan sabar
  • Kepala sebelah kanan – Banyak rezeki
  • Kepala sebelah kiri – Wataknya buruk
  • Dahi kanan atau kiri – Wataknya buruk
  • Dahi tengah-tengah – Pandai dan baik hati
  • Pelipis kanan atau kiri – Banyak rezeki
  • Kelopak mata atas kanan/kiri – Pandai membawa diri
  • Kelopak mata bawah kanan/kiri – Sering menderita
  • Ujung mata kanan/kiri – Dapat dipercaya dan pendiam
  • Pangkal hidung – Pandai dan baik hati
  • Alis kanan – Suka menolong
  • Alis kiri – Dicintai banyak orang
  • Hidung – Banyak rezeki
  • Hidung bawah – Pandai bicara, banyak rezeki
  • Bibir atas – Cerdas, banyak rezeki
  • Bibir bawah – Baik hati
  • Pipi kanan/kiri – Dermawan
  • Pipi tengah – Disukai
  • Ujung mulut kanan – Pandai bicara
  • Dagu – Pandai bicara dan jujur
  • Telinga kanan – Keras dan mudah marah
  • Telinga kiri – Pandai dan jujur
  • Leher depan – Bijaksana
  • Leher belakang – Kecil hati, putus asa
  • Bahu kanan – Pendiriannya teguh
  • Bahu kiri – Pikirannya selalu ruwet
  • Buah dada kanan/kiri – Nafsunya besar
  • Antara buah dada – Baik hati
  • Punggung – Dapat dipercaya
  • Tengah perut – Dapat dipercaya
  • Pinggang – Jujur dan tabah
  • Pantat – Sering menderita
  • Pangkal paha – Tangkas dan banyak rezeki
  • Kemaluan – Nafsunya besar
  • Lutut depan – Kuat berjalan
  • Lutut sebelah dalam – Hatinya tidak tetap
  • Betis – Dapat dipercaya
  • Tulang kaki kanan – Pemboros
  • Tulang kaki kiri – Pemberani
  • Pergelangan kaki – Kuat berjalan
  • Tumit – Tidak dapat dipercaya
  • Jari-jari kaki – Suka bekerja
  • Lengan kanan/kiri – Suka bekerja
  • Telapak kaki – Baik hati
  • Telapak tangan kanan – Pandai menyimpan harta
  • Telapak tangan kiri – Pemboros
  • Telapak belakang – Kuat kaya
  • Ujung siku – Baik hati
  • Siku bagian dalam – Selalu tabah
  • Jari-jari tangan – Banyak rezeki
  • Pergelangan tangan – Pemboros

Ilmu Firasat Melayu: Rahsia Mengenal Diri Melalui WAJAH

DAHI
Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?
Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.
Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda? Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

TELINGA
Telinga anda jabing? Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.
Telinga anda runcing? Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.

CUPING TELINGA
Kerut tegak di cuping telinga anda?  Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala? Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.

BULU KENING
Bulu kening anda bertemu di tengah? Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar? Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.

MATA

Mata anda berdekatan satu sama lain? Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata anda berjauhan satu sama lain? Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata anda ke dalam? Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul? Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.

HIDUNG
Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?  Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang? Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.

MULUT
Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum? Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi? Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.

GIGI
Berada ruangan di antara gigi depan anda? Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar? Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.

DAGU
Dagu anda runcing? Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah? Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

TAHI LALAT
Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.

Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.

Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.

Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.

Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.

Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.

Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.

Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.

Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.

Buruk dan Baiknya Kedudukan Tahi Lalat

Rata-rata manusia mempunyai tahi lalat. Tahi lalat terdiri dari pelbagai jenis. Ada yang berbentuk kutil, dot, berwarna hitam, coklat atau merah kehitaman.

MAKSUD TAHI LALAT DI BELAKANG BADAN, TENGKUK, BAHU
Tahi lalat yang tumbuh di belakang badan, tengkuk dan antara bahu mendatangkan beban hidup yang tidak berkesudahan seperti sering dilanda masalah kewangan, tegang dan panas dalam hubungan kekeluargaan, masalah rumahtangga, halangan jodoh dan sering rasa tertindas dan tekanan serta penyakit mudah datang dan susah untuk dipulihkan.

MAKSUD TAHI LALAT DI DADA
Tahi lalat di dada (di antara leher hingga ke puting payudara) menandakan seseorang itu mudah ditipu wang ringgitnya, malah boleh menjadikan ia muflis akibat di tipu. Orang yang terdekat menipu kehidupannya adalah kawan-kawan yang rapat. Kawan-kawan hanya berkawan dengannya di atas adanya kepentingan.

MAKSUD TAHI LALAT DI ANTARA PUSAT KE ALAT SULIT
Jika peranakan wanita (rahim) menjadi lemah boleh mengakibatkan keguguran bila mengandung, masalah dalaman di dalam perut, masalah gangguan tenaga batin (lemah, tidak bernafsu, dan lain-lain). Sekiranya dia seorang lelaki boleh mengakibatkan sperma lemah, kurang tenaga batin.

MAKSUD TAHI LALAT DI PIPI KIRI ATAU KANAN
Orang begini percakapannya sentiasa ingin menang, tidak mahu mengalah sekalipun dia tidak boleh diterima oleh orang lain. Hubungan dengan pasangan boleh tegang dan panas kerana perbalahan percakapan. Tahi lalat juga adalah tempat makhluk halus bertenggek, menumpang pada diri seseorang itu. Ia menjadikan orang itu mudah di dekati makhluk halus, di rasuk, mudah dimasuki oleh sihir-sihir.

Tahi lalat boleh dianggap penyakit yang boleh memudaratkan diri. Bermula dengan namanya TAHI  nama NAJIS dan LALAT  nama serangga yang juga NAJIS. Membuang tahi lalat haruslah dilihat pada sudut kesihatan dan kesejahteraan diri. Apabila kita ingin membuang tahi lalat, pandang dan lihatlah pada sudut penyakit dan kesihatan samada dalam mata kasar mahupun halus, maka hukum membuangnya harus. Namun harus kita ingat selalu, Allah s.w.t. tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan ia merubahnya sendiri.

Ilmu Firasat Melayu: Rahsia Bantal Tidur

1. Memeluk Bantal – Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal – Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal – Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki – Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak  suka berusaha.

5. Tidur Tanpa Bantal – Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Ilmu Firasat Melayu: Cara Anda Tidur

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala – Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga sebaik mungkin. Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut – Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai, namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang– Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri . Walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri anda memang dipuji.

4. Tidur Merengkuk – Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.

5. Tidur Mengiring dan Merengkuk – Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkukkan – Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala – Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk, anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.

8. Tidur merengkuk di satu arah – Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa – Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, anda juga  tergolong dalam kategori pemboros . Namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.

10. Tidur meniarap – Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.

Kepercayaan Orang Melayu Pada TUAH

“Di manakah kekuatan Tuah? Di tenaganya kah, di kerisnya?”

Dialog filem Nujum Pak Belalang karya Allahyarham P.Ramlee memang sudah tidak asing bagi masyarakat Melayu di sini. Namun dalam kita bergelak tawa itu, pernahkah kita terfikir adakah orang Melayu percaya pada tuah seseorang?

Anak Bertuah

Ada ibu bapa yang sentiasa mengusap kepala dan ubun-ubun anak kecilnya sambil menyebut, “bertuah, anakku..” Pada pandangan dunia orang Melayu, tuah dapat dipupuk semenjak kecil. Walau bagaimana nakal seseorang anak kecil, ibu bapa atau masyarakat biasanya memarahi anak itu dengan perkataan ‘Anak Bertuah’. Bagi orang Melayu, setiap kata itu suatu doa dan setiap anak itu membawa rezeki. Justeru gelaran ‘anak bertuah’ disebut dengan harapan anak itu akan mendapat tuah walaupun peribadinya kurang sempurna kelak. Maksudnya, sekiranya seseorang itu gagal dalam sesuatu perkara, tuah mungkin menyebelahinya kerana dia diberi peluang kedua bahkan mendapat kejayaan yang melebihi daripada jangkaan. Sebab itulah, orang Melayu suka memberi kenyataan pada suatu musibah dengan ayat, ‘ada rahmat di sebalik tiap kejadian’.

Hang Tuah Anak Bertuah?

Ada kalangan masyarakat Melayu menganggap nama seseorang membawa tuah. Gelaran ‘anak bertuah’ mungkin juga memberi gelaran tetap pada Laksmana Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah, diceritakan bagaimana Hang Tuah menempuh pelbagai cabaran sejak kecil. Namun demikian, Hang Tuah sentiasa bertuah kerana Hang Tuah bukan sahaja hebat bermain senjata tetapi juga licik dan bijak membuat muslihat. Sebagai contoh, Hang Tuah bertuah kerana Tun Teja jatuh hati padanya dan mahu menurut segala kehendaknya. Bayangkan situasi sekiranya Tun Teja tidak jatuh hati pada Hang Tuah, mahukah Tun Teja lari ke Melaka demi mengikut Hang Tuah? Walaupun akhirnya Tun Teja sedar dia tertipu, Hang Tuah bertuah kerana Tun Teja masih mahu memaafkannya. Tun Teja akhirnya dipersembahkan kepada Sultan Melaka.

Dewa Peribadi Mengawal Tuah

Hampir semua masyarakat mempunyai kepercayaan pada tuah. Namun ada juga segelintir yang memegang kepercayaan ini secara keterlaluan. Misalnya masyarakat Ibo di Afrika, budaya mereka percaya bahawa setiap ahli masyarakatnya mempunyai ‘chi’

atau dewa peribadi yang berperanan sebagai pelindung. Dewa peribadi itu boleh menjadi baik atau tidak baik. Sekiranya seseorang mempunyai ‘chi’ yang tidak baik, dia akan mengalami nasib buruk yang akan terus membawanya hingga ke liang kubur. Mereka percaya sekiranya seseorang itu memang telah dilahirkan dengan ‘chi’ nasib buruk, nasib buruk itu akan kekal bersamanya sehingga mati. Justeru setiap anak yang dilahirkan akan melalui suatu upacara untuk menentukan ‘chi’ mereka. Banyak juga bayi yang dibunuh atau dibuang ke ‘hutan puaka’ kerana dianggap membawa sial.

Tuah Sinonim dengan Masyarakat Cina

Masyarakat Cina pula, teguh mengamalkan budaya ‘kepercayaan pada tuah’. Budaya menilik sentiasa dilakukan untuk melihat samada seseorang itu bertuah atau tidak (heng). Tuah bukan hanya dari segi rezeki tetapi juga tuah dalam hubungan cinta, tuah dalam perjudian, tuah dalam kerjaya, tuah dalam sesuatu projek dan sebagainya. Bagi mereka, tuah seseorang boleh dilihat pada garis di telapak tangan dan raut muka serta dahi. Sekiranya seseorang itu bertuah, ada ‘nur cahaya tuah’ yang terpancar pada dahi dan matanya. Mereka juga percaya bahawa tuah boleh diundang dengan memakai rantai atau tangkal khas. Ada juga yang memelihara jenis ikan yang dianggap bertuah, menanam ‘pokok duit’ dan buluh cina atau meletakkan nombor bertuah di tempat tertentu. Nasib malang atau ‘suwey’ pula boleh dibuang secara ritual.

Upacara Mandi Bunga dan Tolak Bala

Jika masyarakat Cina benar-benar percaya pada konsep tuah dan malang, ada sesetengah masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan kuat terhadap tuah. Sebab itulah, masih ada upacara ‘tolak bala’ dan ‘mandi bunga’ supaya seseorang itu lebih bertuah dalam hidupnya. Sebenarnya, sejak dahulu lagi orang Melayu sudah menyedari tentang konsep tuah dan judi. Konsep perjudian terpancar dalam sastera lisan melayu, kisah Pak Kaduk menang sorak, kampung tergadai. Pertandingan laga ayam menjadi semacam perjudian kerana ada taruhan yang dibuat. Sekiranya ayam yang dilaga menang, tuannya akan mendapat habuan yang lumayan. Justeru kehebatan ayam laga itu dikatakan terletak di kakinya atau ditajinya.

Kaitan Tuah dengan Rezeki

Sekiranya orang Cina menganggap tuah adalah nasib baik, masyarakat Melayu memahami dan mengaitkan tuah dengan rezeki. Sebab itulah, kepercayaan orang Melayu dahulu tentang tuah, akan berlegar di sekitar rezeki. Contohnya, orang tua-tua dahulu sering mengatakan, sekiranya seseorang itu mempunyai banyak anak rambut, dia memang murah rezeki kerana sering disayangi dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Kaitan Benda dan Binatang dengan Tuah

Ada masyarakat yang menganggap sesuatu benda atau binatang peliharaan membawa tuah dalam hidupnya. Contohnya, wang-wang syiling atau kertas lama disimpan di dalam dompet kerana dianggap duit boleh berlipat ganda. Wang kertas yang mempunyai nombor cantik juga disimpan di dalam dompet dengan harapan wang itu bakal ‘beranak-pinak’. Kucing buta pula kalau dipelihara dapat membawa tuah pada tuannya. Memelihara ikan kelisa, burung pelatuk bawang dan cenderawasih juga dapat memberi tuah. Pokoknya, apa sahaja keuntungan yang mereka dapat akan mereka kaitkan dengan apa yang mereka miliki.

Kesimpulan

Tuah membawa pada rezeki. Rezeki membawa kemakmuran. Kemakmuran membawa keselesaan hidup. Tidak hairanlah, sehingga hari ini, masyarakat masih mengamalkan budaya ‘cabutan nombor bertuah’. Sekiranya seseorang memenangi cabutan bertuah, dia akan kegembiraan dan merasakan dirinya sangat bertuah. Jelas, konsep tuah sudah sebati dalam masyarakat.

Kesimpulannya, walau apa pun kepercayaan yang timbul tentang tuah, andaian itu dapat dianggap sebagai warna warni budaya masyarakat supaya kehidupan lebih berbagai dan indah. Sebaiknya, kita berpegang sahaja pada qada’ dan qadar Tuhan kerana, tuah ayam boleh dilihat. Tuah manusia siapa yang tahu?

SUMBER: Noor Hasnah Adam