Petua Untuk Memikat Orang Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.

14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

16. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

17. Jangan suka bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

18. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.

19. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

20. Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

21. Yang paling penting, lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik dan manja.

Petua Untuk Mengubati Mabuk Cinta

Berusaha Ikhlas dalam Beribadah – Jika seseorang benar-benar ikhlas menghadapkan diri pada Allah, maka Allah akan menolongnya dari penyakit rindu dengan cara yang tidak pernah terdetik di hati sebelum ini. Cinta pada Allah dan nikmat dalam beribadah akan mengalahkan cinta-cinta lainnya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Sungguh, jika hati telah merasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, niscaya ia tidak akan menjumpai hal-hal lain yang lebih manis, lebih indah, lebih nikmat dan lebih baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu yang dicintainya, melainkan setelah memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Atau karena adanya sesuatu yang ditakutinya. Cinta yang buruk akan bisa dihilangkan dengan cinta yang baik. Atau takut terhadap sesuatu yang membahayakannya.”

Memohon pada Allah – Ketika seseorang berada dalam kesempitan dan dia bersungguh-sungguh dalam berdo’a, Allah akan mengabulkan do’anya. Termasuk di antaranya apabila seseorang memohon pada Allah agar dilepaskan dari penyakit rindu dan asmara yang bagikan mengoyak-ngoyak hatinya. Penyakit yang menyebabkan dirinya gundah gulana, sedih dan sengsara.

Sibukkan Diri dengan Aktiviti – Jika anda duduk diam sahaja dan asyik termenung sahaja, biasanya anda akan lebih mudah untuk berangan memikirkan orang yang anda cintai. Tetapi jika anda sibuk dengan sesuatu aktiviti, fikiran kusut akan mudah lenyap begitu sahaja. Ibnul Qayyim pernah menasihati seorang sufi yang ditujukan pada Imam Asy Syafi’i. Dia berkata, “Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”

Jangan Dengar Muzik Bercorak Cinta – Nyanyian dan filem-fielm percintaan akan membuat anda berasa lebih rindu pada pada orang yang anda cintai. Apalagi jika nyanyian tersebut mendayu-dayu pasti akan menggetarkan hati orang yang sedang ditimpa kerinduan. Akibatnya rasa rindu kepadanya semakin memuncak,

 

 

 

eMotivasi: Petua Menghilangkan Rasa Sunyi di Hati

Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati. Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baharu ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara. Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

Maha Pencipta – Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripadaNya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.

Perbaiki Diri – Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Bercuti – Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

Jumpa Kawan – Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda.

Bersenam – Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang [fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked] anda alami ketika ini. Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan. Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

Kembali Nakal – Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka. Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita. Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

Bermesra bersama Keluarga – Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih. Keluarga pula mula jatuh pada tahap kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan.

Petua Menangani Cemburu Buta

Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya.  Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.

Kekasih kita itu bukan milik kita. – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

Dekatkan diri pada Maha Pencipta. – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati  akan hilang.

eCinta: Tanda-Tanda Anda DiLamun Ombak Cinta

1. Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja atau pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja atau pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, banyak assignment yang tidak atau lambat siap kerana asyik melayan perasaan.

2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

3. Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya dia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.

4. Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun tidak mengapa.

5. Anda dan si dia menjadi bayang-bayang – anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, ke mana saja.

6. Jika dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar denganya siang dan malam.

7. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.

8. Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.

9. Kalau dulu anda gembira mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dengan si dia lebih bahagia.

Petua Untuk Melupakan Seseorang

1. Jika anda baru saja putus cinta dengannya, sememangnya anda akan bersedih. Itu perkara biasa atau normal.  Yang jadi tidak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya ingin tunjuk anda kuat  dan anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah.  Jikalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu, keluarkan ia dengan sepenuh hati. Menangislah sepuas hati anda. Lama kelamaan anda akan berasa lega sedikit selepas beberapa hari. Apabila anda sudah biasa bersedih,  lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

2. Terimalah realiti yang anda perlu lupakan dia dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya, anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Anda mesti kuat untuk menghadapi realiti ini.

3. Anda mesti elakkan atau jangan terus  berhubung dengan si dia itu. Kalau anda masih terhegeh-hegeh menghubungi dia lagi, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat melupakannya.

Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta

Rancang dengan Matang – Anda perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia. Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.

Kenali  Dia Lebih Dekat – Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu – Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai – Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik.

Ungkapkan Cinta secara Langsung – Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Siapkan Minda – Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.

Doa – Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Nasihat Untuk Orang Yang Putus Cinta

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda  menjadi  seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Percayalah,  sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya  yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.

Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit –  Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan,  dan rakan-rakan.  Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Jangan Asyik Risau – Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur – Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang – Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.  Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa – Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran – Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti Keras – Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri,  ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Petua Untuk Selesaikan Masalah Dalam Sebuah Hubungan

1. Tenangkan Diri – Jangan cepat sangat melenting tidak tentu hala bila ada masalah. Tak perlu nak tunjuk siapa hebat, anda atau dia. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat berfikir secara bijak dan tenangkan diri.

2. Beralah – Kalau kena caranya pasangan anda boleh cair dan mudah-mudahan lembut balik hatinya jika dia sedang marah.

3. Dengar Luahan Hati Pasangan – Tabahkan hati dan cuba bersabar. Biarkan pasangan anda habiskan kata-katanya. Tunjukkan padanya yang anda prihatin dengan perasaannya.

4. Kawal Diri – Ada kalanya pasangan anda akan hilang pertimbangan. Lebih baik anda senyap dan kawal diri daripada berbuat sesuatu yang bercorak provokasi.

6. Jangan Merasa Hanya Kita Yang Betul dan Pasangan Anda Selalu Salah – Jangan sesekali letakkan kesalahan itu seratus peratus pada pasangan anda. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan anda melakukan kesalahan disebabkan kelemahan anda.

7. Doa – Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan anda dan anda sendiri juga akan berlembut.