Petua Untuk Hidup Tenang dan Bahagia

1. Cinta – Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. Hormat – Memberi dan menerima, menjadi suatu perkaral yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan.

3. Bersyukur – Tidak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Allah s.w.t.telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. Bahagia – Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah memberi senyuman itu suatu ibadah?

5. Memaafkan – Ramai orang stress kerana tidak sanggup memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat dia tertekan. Padahal jika kita menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. Kejujuran – Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambat jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tidak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

7. Ketulusan – Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

8. Kepekaan – Suatu keajaiban yang diberikan Allah s.w.t. pada kita adalah hati. Dengan hati, kita berasa sedih dan senang, mampu memilih kebenaran.

 

 

eMotivasi: Petua Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi

1. Anda perlukan disiplin diri yang kuat.

2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.

4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.

5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka”, dan sebagainya.

6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.

7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.

8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.

9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.

10. Selalulah membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat kita.

11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.

12. Bila kita sedar bahawa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit, dan kobarkan kembali semangat kita.

 

 

eMotivasi: Petua Menghilangkan Rasa Sunyi di Hati

Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati. Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baharu ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara. Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

Maha Pencipta – Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripadaNya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.

Perbaiki Diri – Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Bercuti – Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

Jumpa Kawan – Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda.

Bersenam – Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang [fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked] anda alami ketika ini. Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan. Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

Kembali Nakal – Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka. Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita. Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

Bermesra bersama Keluarga – Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih. Keluarga pula mula jatuh pada tahap kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan.

Petua Untuk Meningkatkan Motivasi Anak

1. Penerangan  Jelas – Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.

2. Ganjaran – Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat- Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian – Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan Penyertaan – Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi Keperluan – Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan Watak – Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran – Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka ‘memberi ceramah’ atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran ‘boleh’ dalam setiap yang dilakukan.

eMotivasi: Petua Untuk Menghilangkan Sifat Malas

Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ia bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap begini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda untuk meneruskannya.

4. Bayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda.

5. Senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi, tuliskan sebab itu.

eMotivasi: Petua Untuk Melawan Keraguan

Bina keberanian. Beranikan diri. Latih diri anda untuk berani. Berani yang anda perlukan bukan berani yang tidak tahu takut, bukan berani tetapi kurang bijak. Berani cara bijak iaitu berani gagal melakukan setelah tahu risiko-risiko yang akan dihadapi nanti. Beranikan diri dalam banyak aspek. Berani membuat sesuatu yang baru, berani bertanya, berani mengutarakan pendapat, berani mengubah hidup. Kawal keraguan hari ini, apabila sudah mahir anda akan boleh mengawal kehidupan anda di masa akan datang.

eMotivasi: Pupuk Perasaan Syukur

Kesyukuran perlu hadir dalam hati dan bukan hanya pada kata-kata. Lumrah manusia sering membandingkan diri sendiri dengan orang yang ada pelbagai kelebihan daripada pelbagai sudut. Memang tidak salah jika ia dijadikan penguat semangat untuk berusaha, tetapi jika ia menjadi punca kesedihan, langkah terbaik ialah menyenaraikan kelebihan dimiliki seperti kasih sayang keluarga, suami, anak, makanan, tempat tinggal mahupun persekitaran.

eMotivasi:Kekurangan Bukan Alasan

Tidak semua orang yang berjaya itu memiliki kesempurnaan sebelum mencapai kejayaan. Ada di antara mereka mengalami kekurangan fizikal tetapi masih mampu mengukir nama di dalam lipatan sejarah sebagai orang yang berjaya. Ada di antara para cendekiawan dunia yang buta, tuli dan lumpuh namun kekurangan ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjaya. Dengan ilmu yang ada mereka terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Jelas sekali bahawa mereka tidak pernah merasakan ada kekurangan pada diri mereka. Malah mereka terus berbakti memenuhi kekurangan orang lain melalui curahan ilmu pengetahuan.

Namun anehnya orang yang sempurna fizikalnya selalu merasakan dirinya serba kekurangan. Kesannya masa dihabiskan hanya untuk merintih dan menangisi kekurangan yang dirasakan. Ketahuilah, masalah kesihatan, kewangan, perhubungan, status dan peribadi diri hanyalah penghalang sementara yang boleh dirobohkan. Semua itu bukannya pemati jalan hidup ini. Harus kita ingat juga bahawa ramai orang terkenal yang telah mencapai kejayaan dalam hidup ini tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tapi masih mampu berbakti kepada orang lain. Mereka semua telah berjaya kerana mereka menjalani kehidupan ini dengan penuh gigih, tabah dan optimis. Satu sebab lagi, mereka tidak mengukur kejayaan hidup ini dengan harta dan kedudukan semata-mata tetapi mengukur kejayaan hidup dengan ketenangan jiwa serta keredhaannya menerima takdir yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Terimalah siapa diri kita seadanya nescaya ketenangan dan kebahagiaan itu pasti datang.

Petua Untuk Mengelak Rasa Bosan

Rasa bosan  timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, rasa bosan petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi Anda

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh anda lakukan.

2. Tetapkan matlamat, azam, cita-cita dan impian.

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan. Sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

3. Rajinkan Diri Beribadah.

Sibukkan diri anda dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tidak mahu berhenti melakukannya.

eMotivasi: Orang Berjaya Itu Pemilih Orangnya

Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang pemilih. Mereka jadi pemilih sebab mereka menjaga tahap motivasi mereka. Mereka menjaga kepositifan minda mereka. Mereka memilih dengan siapa mereka bergaul, dengan siapa mereka berkawan, makanan mereka, pakaian, kereta dan suasana tempat tinggal mereka. Apabila kita tekad untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlu berkawan dengan orang yang mentalnya diprogramkan ke arah kejayaan. Dengan cara ini, semangat kita tidak akan pudar dari semasa ke semasa. Kita akan jadi orang pemilih, sebab kita perlu jaga motivasi kita. Jika orang yang mahu berjaya “berkepit” atau sehaluan dengan orang yang tidak mahu berjaya, pasti dia tidak akan berjaya.