Podcast testing – internal

[cincopa AsJAMcKe_XJi]

This is a test for podcasting on mp3.

Petua Untuk Mencerahkan Kulit

Beras pulut diakui khasiatnya sejak turun-temurun. Orang tua-tua dahulu menggunakan pulut goreng yang ditumbuk halus, dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur. Ramuan ini digosok seminggu sekali pada seleruh badan. Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:

1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.

3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.

4. Bilas badan anda  dengan air mandian.  Amalkannya sekerap yang mungkin.

5. Untuk hasil yang terbaik amalkannya 3 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

eSenaman: Untuk Kempiskan Perut

Lakukan senaman berikut untuk mengempiskan perut anda:-

1. Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.

2. Selain itu, amalkan juga memakan satu biji tomato yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Amalan Untuk Suami Semasa Isteri Mengandung

1. Banyakkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah  An Nahl:78, surah Al A’raf:189, dan ayat Kursi.

2. Banyakkan membaca doa-doa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung   dan keselamatan anak dalam kandungan.

3. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan  isteri akan memahami keinginan baik yang  terkandung dalam Al-Quran tersebut.

4. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

5. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dan lain-lain.

6. Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah.

7. Dilarang memakan benda-benda haram, memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.

8. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

10. Suami hendaklah menjauhi diri daripada sifat marah dan benci pada  isteri.

11. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalinkan hubungan dengan  isteri

12. Dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir kelak.

Petua Untuk Menghilangkan Parut

Petua 1:

Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 2:

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3:

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Petua 4:

Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5:

Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6:

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua Untuk Badan Langsing Selepas Bersalin

1.  Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, dan 30 ekor ikan bilis.

2. Tumbuk kesemua sehingga lumat.

3. Perahkan air limau nipis.

4. Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Petua Untuk Menjaga Bibir

Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah ‘berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah kita. ?

1. Bila Siang Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi  sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

2. Bila Malam Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

3. Jangan – Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.

Petua Untuk Cepat Dapat Anak

DOA YANG PERLU DIBACA :

1. Al-Fatihah

2  Al-Anbiya’ : Ayat 30

3. Al-Anbiya’ : Ayat 89

4. Ali-Imran : Ayat 38

5. Doa

BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Susu Kuda atau

2. Air Hujan Malam Jumaat atau

3. Kelapa Muda 3 biji, Kismis 1 atau 2 kilo, dan susu lembu segar (1 liter)

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan ayat serta doa kepada bahan tersebut. Susu kuda dan air hujan malam Jumaat dibuat minum dan mandi bagi pasangan. Jika anda guna kelapa muda, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3 hari berturut-turut. Suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur.

Petua Untuk Mata Terang

  1. Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga tua, amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata. Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon. Insyaallah, mata anda akan sentiasa terang walaupun ketika malam.
  2. Amalkan juga makanan yang membekalkan vitamin A iaitu untuk kesihatan mata khususnya buah-buahan seperti betik.

Petua Untuk Memiliki Bibir Menawan

1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, GUA juga sarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain.