Petua Untuk Muda dan Menawan

1. Sentiasa mengawal emosi dengan tidak cepat meradang serta sentiasa senyum dan bermuka manis. Ini dapat mengelak kedutan pada wajah.

2. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama 1/2  jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.

3. Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Betik Tingkatkan Kesuburan

Buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.

Petua Untuk Melawaskan Kencing

Pilihan 1: Ambil  beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkung bersama akarnya,  direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu.  Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius. Sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,  ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia  mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Pilihan: 2: Ambil madu lebah,limau oren, dan air panas. Perah limau diperah dan ambil airnya. Campurkan dengan madu lebah dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.

Pilihan 3: Ambil bawang merah, panaskan di atas api dan gosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

 

Petua Mengubati Lelah atau Asma

Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.

Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari). Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian, berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.

Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.  Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun ‘Hati-hati atau ‘Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.

 

Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Asma

Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

 

Petua Lelaki Untuk Mendapatkan Otot Besar

Bayam – Bayam adalah makanan yang paling baik untuk membentuk otot. Bayam merupakan bahan bakar otot, kerana mampu meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120 % sehingga jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri. Namun, bayam tidak boleh membuat seseorang itu menjadi lebih langsing dan seksi.

Nenas dan Betik – Ia baik untuk penyembuhan otot. Kedua-dua buah ini membantu memecah protein untuk proses pencernaan.

Salmon – Baik untuk kardiovaskular. Asam lemak yang terdapat pada minyak ikan penting dalam menjaga kesegaran jantung kerana ia mempunyai kesan setelah masuk ke dalam sel jantung. Amalkan minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang kaya dengan asam lemak beberapa kali dalam seminggu.

Air Sejuk – Ia berkesan untuk daya tahan. Jika anda minum air sejuk sebelum dan semasa latihan dapat membantu meningkatkan daya tahan.

Susu Coklat – Ia baik untuk menjaga tubuh tetap berhidrasi. Minuman yang terbaik setelah olahraga adalah susu.. Penambahan coklat pada susu akan mudah menyempurnakan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.

 

 

 

 

 

 

Petua Menghaluskan Siku dan Lutut

1. Parut buah nenas segar yang telah dicuci bersih terlebih dahulu.

2. Sapukan pada siku dan lutut anda. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nenas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

3. Setelah itu, bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan sahaja. Akhir sekali, letakkan ‘baby oil’ atau pelembap.

Petua Mengharumkan Bau Badan

Pilihan 1: Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air biasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri. Gosokkan jus ini di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum.

Pilihan 2: Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yang telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. Tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

Petua Mencegah Kelemumur

Pilihan 1: Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.

Pilihan 2: Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Pilihan 3: Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang.

Pilihan 4: Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu disaring dan usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang terdapat kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.

Pilihan 6: Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu. Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Pilihan 7 : Kisar 3 batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Pilihan 8 : Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Pilihan 9: Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.

Pilihan 10: Perahkan air limau purut ke atas kulit kepala anda. Lumurkan rata-rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut anda dengan air suam.

Petua Untuk Mengelakkan Rambut Gugur atau Botak

Pilihan 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Pilihan 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Pilihan 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas.  Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Pilihan 5: Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun.  Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama  9 hari.

Pilihan 6: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Pilihan 7: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Pilihan 8: Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.

Pilihan 9: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Pilihan 10: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Khasiat Buah Manggis

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk  menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.