Petua Kembung Perut, Perut Masuk Angin atau Senudung

Pilihan 1: Ambil 3 helai daun mengkudu yang muda dan sapukan sedikit minyak kelapa. Seterusnya, layurkan ke atas api selama 2 minit. Lepas itu, tekapkan kepada perut anda. Hasilnya, angin dalam perut anda akan hilang.

Pilihan 2: Ambil 2 ulas bawang putih, kemudian, bakar hingga separuh masak. Selepas itu, kupas kulitnya dan makanlah bawang tersebut. Hasilnya, dalam masa beberapa minit sahaja, angin dalam perut akan berkurangan (keluar) dan anda akan berasa lebih selesa.

Petua Menangani Medu Angin

1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.

2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.

Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.

Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin – Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:

1.    Makanan/Minuman yang Sejuk

  • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
  • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
  • Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

2.    Makanan/Minuman Masam (berasid)

  • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
  • Daging kerbau.

3.       Makanan/Minuman Bergas

a.      Durian.

b.     Tapai.

c.      Air botol/tin bergas.

4.     Makanan/Minuman mengandungi Kafein.

a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.

b.     Rokok.

5.     Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin

a.      Petai, jering dan kerdas.

b.     Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).

AMALAN LAIN YANG PERLU 

  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.

 

Pilihan Minuman Untuk Kesihatan

COKLAT PANAS RENDAH LEMAK – Campuran koko di dalam secawan coklat panas boleh memberikan kesan kenyang pada anda dan sesuai diminum ketika bersarapan.

HALIA DAN OREN – Halia berkesan untuk membuang angin dalam badan. Oren pula membekalkan sumber vitamin C terbaik yang boleh membantu penghadaman semasa berdiet.

TEH HERBA – Satu cawan teh herba boleh membantu meredakan ketegangan dan tekanan yang dialami sepanjang hari. Ia sesuai dinikmati pada waktu petang. Teh herba juga boleh membantu anda dari mengambil makanan yang banyak akibat tekanan.

Khasiat Madu Lebah Asli

1. Boleh mengubati penyakit dalam perut.
2. Boleh mengubati penyakit angin medu.
3. Boleh membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
4. Boleh mengubati penyakit ketagihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum.
5. Melawaskan pembuangan air besar.
6. Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
7. Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
8. Menghilangkan penyakit banyak kahak.
9. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat di paru-paru.
10. Mencerdaskan otak kanak-kanak.
11. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
12. Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacau dan minum.

AMARAN: Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (Timun Cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.

eMedik: Punca Angin Dalam Badan

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan? – Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin? – 1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

Kacang

Sayuran seperti brokoli

Kobis

Taugeh

Bawang

Asparagus

Buah-buahan seperti pear, epel dan peach

Bijirin seperti roti gandum

Minuman ringan dan jus buah

Susu dan produk daripada susu dan keju

Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

2. Banyakkan minum air kosong.

3. Kurangkan udara yang anda sedut.

4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.

2. Hiris bawang putih nipis-nipis.

3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.

4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Khasiat Pokok Senduduk

Pokok Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.  Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara.

Antara khasiat tumbuhan senduduk ialah untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.

Bagi anda yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian.  Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk di mana-mana kawasan yang anda berkenan.