Asam jawa boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan ke dalam botol. Kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat itu ke dalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah. Tekak anda akan merasa lega dan suara tidak serak lagi.
Petua Untuk Menghilangkan Batuk Berterusan
Jika batuk anda berterusan ia boleh mengakibatkan badan menjadi kurus. Batuk sering melanda di sebelah malam, sehinggakan anda mungkin tidak dapat tidur lena. Jika perkara ini berlanjutan, akan mengganggu diri anda.
Pilihan 1: Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu lebah. Minum 3 kali sehari.
Pilihan 2: Tuangkan satu sudu kecil kicap. Campurkan dengan sebiji pati limau kasturi. Kacau dengan menggunakan jari kelingking sambil berselawat 3 kali dan terus minum.
Pilihan 3: Ambil 8 helai daun pudina dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan.
Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina.
Pilihan 4: Ambil daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), hiris halus-halus kira-kira 20 gram, kemudian bubuh madu kira-kira 40 cc. Ramuan ini anda minum 2 kali sehari, selama lebih kurang 9 hari.
Di samping itu anda perlu berpantang seperti berikut:
- Jangan terlalu banyak makan makanan manis
- Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
- Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
- Jangan makan banyak mekanan pedas
- Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.
Khasiat Madu Lebah Asli
1. Boleh mengubati penyakit dalam perut.
2. Boleh mengubati penyakit angin medu.
3. Boleh membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
4. Boleh mengubati penyakit ketagihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum.
5. Melawaskan pembuangan air besar.
6. Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
7. Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
8. Menghilangkan penyakit banyak kahak.
9. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat di paru-paru.
10. Mencerdaskan otak kanak-kanak.
11. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
12. Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacau dan minum.
AMARAN: Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (Timun Cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.
Petua Merawat Batuk Rejan
Pilihan 1: Ambil 10 helai daun sirih, 5 biji cengkih, ½ biji pala, sepotong kecil kayu manis, dan 1 biji limau nipis dipotong-potong. Rebus semua bahan tersebut dengan 1 liter air. Apabila mendidih dan airnya tinggal ½ liter, angkat. Minum 1/3 gelas dan anda boleh tambah mudu lebah sebanyak 1 sudu teh. Minum 3 kali sehari. Elakkan makanan berminyak, pedas, makanan sejuk, rokok serta minuman keras.
Pilihan 2: Ambil 1 sudu teh daun kaki kuda yang telah ditumbuk halus. Masukkan air panas ½ cawan ke dalam daun kaki kuda dan masukkan gula batu secukupnya. Kacau dan minum 4 kali sehari.
Pilihan 3: Ambil kuntum bunga kembang sepatu dan hancurkan bunga tersebut. Masukkan ½ cawan air masak. Perah dan tapis. Minum 2 kali sehari.
Pilihan 4: Ambil 7 helai daun sirih, gula batu secukupnya dan 1 gelas air biasa. Cuci daun sirih dengan bersih dan rebus. Campukan pula dengan gula dan air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal ½ gelas. Minum 3 kali sehari.
Petua Merawat Batuk Kering
[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]
Pilihan 1: Ambil ½ cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah. Tumbuk bawang merah hingga lumat, kemudian perah dan ambil airnya. Air perahan tersebut dicampurkan dengan madu lebah dan minum.
Pilihan 2: Minum gam Arab bercampur air gamdum dan gula.
Pilihan 3: Makan ayam gemuk dan masakkan dengan mentega.
Pilihan 4: Makan kismis dengan gula.
Pilihan 5: Ambil klabat dan kacau di atas api sebanyak 5 kali. Setiap kali anda panaskan di atas api gantikan airnya dengan air baharu. Seterusnya, giling dan tambahkan tepung gandum. Jadikan bubur dan tambahkan dengan susu dan gula. Makan pada waktu siang dan malam.
Petua Merawat Batuk Berdarah
Tahi cacing boleh menjadi bahan ubatan penyakit batuk darah dan barah dalam perut. “Tahi cacing” adalah gumpalan kecil tanah lembut yang keluar dari lubang-lubang cacing. Saintis mengesahkan bahawa “tahi cacing” berwarna cokelat gelap, kasar, tidak berbau dan mengandungi nitrogen, fosfat, potassium dan berbagai elemen dalam 3 unsur. Menurut bijak pandai Melayu dahulu, “tahi cacing” perlu dicampur dengan air kelapa muda untuk mengubat penyakit batuk darah. Namun tabib Melayu jarang menggunakan nama “tahi cacing” semasa mengubat pesakit tetapi menggelarnya “hati tanah” supaya pesakit tidak berasa jijik untuk menelan ramuan ubat itu.
Pilihan 1: Tumbuk jintan hitam dengan halus. Campurkan dengan air panas. Anda boleh makan mengikut kesukaan anda.
Pilihan 2: Potong epel 4 bahagian dan letakkan ke dalam bekas. Kukus selama 25 minit dengan api yang kecil. Makan epel tersebut dengan kulitnya sekali. Amalkan memakannya sekali sehari.
Pilihan 3: Ambil 5 helai daun sirih, sepotong gula batu, sedikit daun saga, dan sedikit kayu manis. Rebus bahan-bahan tersebut dengan air secukupnya. Sejukkan dan kemudian minum.
Pilihan 4: Masukkan tapai pulut ke dalam gelas dan air sehingga penuh. Simpan untuk semalaman. Minum keesokkan harinya sebelum anda makan apa-apa. Lakukan bererapa kali.
Pilihan 5: Ambil cili lempuyang, sedikit kemukus dan adas. Rebus kesemua bahan terssbut dengan air yang seckukupnya. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 6: Hiriskan daun ketumbar dan perah air daun tersebut. Tapis sehingga anda memperolehi sebanyak 1 sudu makan. Minum dengan air masak sebanyak ½ cawan sebelum tidur.
Koleksi Petua Melegakan Batuk Berkahak Orang Dewasa
Pilihan 1: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.
Pilihan 2: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
Pilihan 3: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.
Pilihan 4: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.
Pilihan 5: Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
Pilihan 6: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.
Pilihan 7: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.
NOTA:
Minum banyak air suam
Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan banyak lender seperti:
– bahan tenusu
– makanan yang diproses beberapa kali
– daging
– gula pasir
– buah-buahan yang manis
– makanan diperbuat dari tepung seperti roti putih
Kurangkan makanan yang menghasilkan angin (kentut) seperti:
– kacang-kacang
– kobis
– kobis bunga
Kurangkan atau berhenti merokok
Koleksi Petua Untuk Pelbagai Jenis BATUK
BATUK 100 HARI
Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.
BATUK BIASA (BRONKITIS)
Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.
Tanda-Tanda Batuk Biasa:
1. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak
2. Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas
3. Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.
Cara-Cara Mengelak:
1. Bernafas diudara yang segar dan bersih
2. Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk ini
3. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain
BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK
Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak.
Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.
UBAT BATUK MUJARAB
Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.
BATUK (suara serak/kahak pahit)
Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut.
Petua Untuk Batuk Lelah
Petua Melayu Menghilangkan Batuk
1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 25 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum 2 kali seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Minum 3 kali sehari.