Petua Untuk Mencantikkan Perut

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

Mengempiskan Perut

  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.

  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Masalah Kulit Perut Berkedut – Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.


Adat dan Tatatertib Orang Melayu

Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan samaada di rumah mahupun di majlis-majlis keramaian.Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Berikut adalah beberapa pantang larang Melayu yang berkaitan dengan MAKAN:

*  Makan mencangkung payah dapat rezeki.

*  Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.

*  Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

*  Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

*  Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.

*  Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.

*  Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

*  Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.

*  Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.

*  Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.

*  Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.

*  Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.

*  Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.

*  Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

*  Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

*  Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

*  Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

*  Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

*  Makan sisa anak, anak akan degil.

*  Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

*  Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

*  Bila makan, pinggan tidak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

*  Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

*  Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

*  Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

*  Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

*  Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

*  Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

* Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

* Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.

* Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

* Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

* Makan kepala ayam akan berlaku mengantuk semasa bersanding.

* Makan sisa anak, anak akan menjadi degil.

* Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

* Makan kalau tidak basuh pinggan sendiri, nanti lambat dapat menantu.

* Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.

* Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.

* Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.

* Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.

* Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.

* Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

ADAT & TATATERTIB

+ Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, jangan sekali menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

+ Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu. Kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.

+ Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika kita ingin menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan di kalangan anak-anak.

+ Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.

+ Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

+ Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.

Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

+ Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain. Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.

+ Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

+ Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.

+ Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.

Petua Untuk Mengempiskan Perut Anda

Pilihan 1:

1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Pilihan 2:

1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Pilihan 3:

1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya.

Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah

Pilihan 1:

Giling hingga lumat 7 mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan anda secara perlahan-lahan hingga daki keluar.

Pilihan 2:

Goreng 1 cawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.

Pilihan 3:

Basuh dan tumbuk hingga lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau dan gaul sampai rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda sebelum dibilas dengan air bersih.

Pilihan 4:

Goreng 1 cawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan 1 sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata anda.

Pilihan 5:

Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda perlu. Air rebusan tersebut dicampurkan 1sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 6:

Bersihkan 1 buku ibu kunyit dan buang kulitnya. Kemudian bakar sehingga layu dan tumbuk halus. Campur dengan 1/4 cawan air dan tapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.

Pilihan 7:

Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan selama 15 – 30 minit. Kemudian bilas. Amalkannya sebelum tidur.

Pilihan 8:

Rendam kacang soya, kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

Pilihan 9:

Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat 3 kali sebelum mandi pagi. Kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

Pilihan 10:

Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan yang sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat 3 kali. Amalkannya 3 malam berturut-turut dan anda boleh lihat perbezaannya.

Pilihan 11:

Ambil buah tomato dan timun dan potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian cuci muka anda  dengan air sejuk.

Pilihan 12:

Bancuh 2 sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka anda kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur. Bilas pada pagi esoknya. Amalkannya setiap malam selama 2 minggu berturut-turut.

Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan

Petua untuk kelihatan jelita

PILIHAN 1:

a) Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, dan sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang anda mampu.

b) Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.  Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (biarkan ia pekat seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

c) Ambil air kelapa muda 1/2 gelas dan kacau dengan 1 biji telur ayam kampong. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 – 6 kali seminggu.

PILIHAN 2:

Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidak cukup tidur, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan petua ini:

a) Ambil 10 liter air dan campurkan dengan 500 gram daun teh. Campurkan dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan ia mndidih sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut-turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher anda. Amalkannya setiap pagi.

b) Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus. Campurkan segelas air. Ramuan hendaklah dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

c) Ambil daun katuk atau cekur manis 10 lebar dan dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah anda dan biarkan 10 minit. Selepas itu bilas bersih. Amalkannya setiap malam.

d) Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapukan pada wajah anda. Biarkan ia kering dan bilas bersih.

e) Ambil 2 biji pisang embun dan lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka anda. Apabila sudah kering, bilas bersih.

f) Ambil kulit dari 2 biji pisang dan dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit muka anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit muka jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan ia kering dan bilas.

Petua Sesuaikan Rambut dengan Bentuk Tubuh

Petua sesuaikan rambut dengan bentuk tubuh

Tubuh Kurus

  • Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.


Tubuh Gemuk

  • Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.

Tubuh Kecil atau Mungil

  • Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.

Tubuh Tinggi

  • Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.

Petua Untuk Menghilangkan Bintik Hitam di Muka

Pilihan 1:

Rendamkan sehelai tisu ke dalam 2 biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Amalkannya 2 kali seminggu.

Pilihan 2:

Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

Pilihan 3:

Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian, goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka 2 kali seminggu.

Petua Rawatan Wajah di Rumah

Bahan:

1. Pembersih wajah
2.Krim untuk pengelupasan (scrub)
3. Air Suam
4. Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
5. Pelembap

CARANYA:

1. Bersihkan Muka

Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan

Gunakan jari tangan dan sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh muka anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan

Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan muka anda pada wap daripada air panas berkenaan. Anda boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk, lalu ditekan lembut-lembut pada muka anda sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan Pupur

Jika anda mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Untuk kulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap

Pupuk krim pelembap pada muka anda. Jangan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit muka mengelupas.