Petua Kecergasan Badan

  1. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
  2. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
  3. Minum susu segar setiap hari.
  4. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
  5. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
  6. Tidur awal dan bangun awal.
  7. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

 

Petua Untuk Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata. Minum setiap pagi.
.

Koleksi Petua Wanita Untuk Penjagaan Mata

Petua Untuk Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Petua Untuk Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Pilihan 2: Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata

1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.

2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.

3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.

4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.

5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

Petua Untuk Memikat Orang Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.

14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

16. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

17. Jangan suka bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

18. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.

19. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

20. Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

21. Yang paling penting, lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik dan manja.

Petua Untuk Menghalus dan Mencerahkan Kulit Tubuh

Ambil kacang hijau (goreng tanpa minyak dan kisar) dan campurkan dengan air mawar, jadikan sebagai masker. Lulur dan gosok ke seluruh tubuh. Amalkan selalu. Kulit tubuh akan semakin lembut dan cerah.

Petua Lelaki Untuk Mendapatkan Otot Besar

Bayam – Bayam adalah makanan yang paling baik untuk membentuk otot. Bayam merupakan bahan bakar otot, kerana mampu meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120 % sehingga jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri. Namun, bayam tidak boleh membuat seseorang itu menjadi lebih langsing dan seksi.

Nenas dan Betik – Ia baik untuk penyembuhan otot. Kedua-dua buah ini membantu memecah protein untuk proses pencernaan.

Salmon – Baik untuk kardiovaskular. Asam lemak yang terdapat pada minyak ikan penting dalam menjaga kesegaran jantung kerana ia mempunyai kesan setelah masuk ke dalam sel jantung. Amalkan minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang kaya dengan asam lemak beberapa kali dalam seminggu.

Air Sejuk – Ia berkesan untuk daya tahan. Jika anda minum air sejuk sebelum dan semasa latihan dapat membantu meningkatkan daya tahan.

Susu Coklat – Ia baik untuk menjaga tubuh tetap berhidrasi. Minuman yang terbaik setelah olahraga adalah susu.. Penambahan coklat pada susu akan mudah menyempurnakan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.

 

 

 

 

 

 

Petua Wanita Untuk Melicinkan Kulit Muka

Daun Pegaga:

1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.

2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.

3. Campurkannya dengan sedikit air.

4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.

5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.

6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.

Lobak Merah:

1. Ambil sebiji terung muda.

2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda,terutamanya di bahagian dahi dan pipi.

3. Jangan dibuang dulu terung tersebut. Sebaliknya, potong lagi selapis bahagian dalam terung tersebut. Kemudian, ulang langkah nombor. 2.

4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.

Cekur:

1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.

2. Giling cekur tadi sampai lumat.

3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.

4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.

5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.

6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.

7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.

8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Petua Untuk Mata Indah

[fbliked]Insert Your “LIKED” Content Here[/fbliked]

Bersihkan Mata dari Kosmetik Sebelum Tidur – Apabila tidak dibersihkan, sisa kosmetik akan menyumbat pori-pori. Untuk membersihkan bahagian mata, sebaiknya gunakan pembersih mata khusus mata, kerana mata memiliki bahagian yang lebih sensitif dibandingkan bahagian wajah lain.

Lindungi mata dari sinar matahari – Gunakan eye gel untuk untuk menyegarkan mata. Sebaiknya, gunakan kacamata yang dapat melindungi dari sinar ultraviolet, atau gunakan payung atau topi.

Minum Air Suam – Hal ini dapat mencegah terjadinya dehidrasi yang mana dapat mencegah timbulnya kedutan pada mata.

Makan Buah-buahan dan Sayuran – Kandungan mineral dan vitamin pada buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata. Disamping itu juga bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambah elastisiti mata.

Jangan Gosok Mata Anda – Apabila tangan yang kotor digunakan untuk mengosok mata, hal ini dapat menyebabkan iritasi pada mata anda.

Petua Untuk Tegangkan Kulit Muka

Pilihan 1 – Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.

Pilihan 2 – Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Pilihan 3: Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 4: Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.

 

Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

1. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur. Pelbagaikan pengambilan buah-buahan.

2. Susu perlu ada dalam dalam diet harian anda. Minum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yoghurt atau keju.

3. Anda boleh menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak, seperti sandwich, bertih jagung ataupun popia basah.

4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Masakan secara memanggang, membakar atau mengukus lebih bermanfaat.